Guru kerja 9 jam akan dilaksanakan kalau Umno BN menang PRU13 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 21, 2011

Guru kerja 9 jam akan dilaksanakan kalau Umno BN menang PRU13


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Selepas didesak pelbagai pihak, akhirnya kerajaan mengumumkan projek printis guru bekerja sembilan jam dimansuhkan.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia pada satu sidang media di Labuan semalam.

Beliau berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk PAS menggesa kerajaan memansuhkan cadangan tersebut yang disifatkan 'mengainaya' warga pendidik.

Selain itu, perlaksanaan sistem itu juga didakwa boleh menjejaskan fokus guru kepada pengajaran murid di sekolah.

Isu berkenaan juga sebelum ini turut disuarakan dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Dianggarkan seramai lebih 5,000 guru dan 104 sekolah di seluruh negara terbabit dalam projek perintis tersebut dengan guru sebelah pagi bertugas di sekolah mulai pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan guru sebelah petang bertugas pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang. - Hrkh.
Sebelum tu Utusan ada melaporkan:    
LABUAN 19 Nov. - Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari pada Januari ini di empat negeri, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, langkah itu bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

Katanya, kementerian berasakan program tersebut tidak perlu diteruskan, tetapi segala kajian yang telah dibuat akan dilakukan penelitian secara lebih mendalam.

“Program itu juga tidak perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini,” katanya. - Utusan.
Kalau ikut laporan Utusan tu, nampak macam cuma projek perintis tu saja yang tak diteruskan. Laporan tu cuma sebut pasai projek perintis tu saja, takdak pulak cerita pasai perlaksaan sebenar program tu.

Projek perintis tak dijalankan tak bermakna projek tu takkan dijalankan langsung.

Takkan kut Muhyiddin Yassin, Mentei Pelajaran merangkan Timbalan Perdana menteri yang juga bakal Perdana Menteri sanggup nak ujudkan persepsi yang dia semacam tak reti jadi Menteri Pekajaran dan projek dia gagal dilaksanakan.

Aku yakin, kalau Umno BN menang PRU13 nanti, tentu punya projek cukgu kerja 9 jam ni akan dilaksanakan jugak. Keadaan sebelum dan selepas pilihanraya tak sama. Kalau sebelum pilihanraya memang Umno BN akan ambil perhatian kalau ada bantahan pasai depa takut bagi kesan pekada undi pilihanraya, tapi kalau dah memang takdak apa yang boleh halang depa untuk laksanakan apa jugak projek yang depa nak buat.

Masa tu kalau nak bantah pun tak guna, kecuali la kalau cikgu-cikgu berani buat piket atau mogok... Hahaha...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...