Sabahkini melaporkan:
HAMPIR 20 anggota polis ‘menyerbu’ Pejabat PAS Kalabakan sebagai usaha menghalang orang ramai daripada mendengar penjelasan mengenai penjualan pulau-pulau Sabah oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu.Berita menggambarkan perkembangan positif PAS Sabah.
Menurut Naib Ketua Pemudanya, Noryusri Ahmad, kejadian ini merupakan situasi pertama yang berlaku di Tawau sepanjang sejarah penganjuran ceramah umum, termasuk yang melibatkan tokoh politik PAS dari semenanjung yang hadir berceramah di situ.
“Ramai pimpinan PAS dari semenanjung datang ke sini, termasuk Mohamad Sabu pernah ceramah di Tawaupun tidak berlaku seperti malam ini. Dulu yang datang hanya 2-3 orang sahaja termasuk Cawangan Khas. Tapi malam ini umpama satu batalion datang menakut-nakutkan orang ramai yang mahu mendengar isu pulau,” dakwanya. - Sabahkini.
Kalau apa pun kita buat tapi musuh langsung tak peduli maknanya depa tak heran dengan kita tapi bila depa mula ambil perhatian dengan kerja buat kita tu maknanya depa dah mula rasa terancam.
Yang ni bukan setakat Umno BN saja yang ambil perhatian, tapi dah sampai tahap polis pun dah ambil tindakan sampai macam tu sekali. Maknanya memang PAS di Sabah dah semakin kuat dan dapat mengancam kuasa Umno di Sabah.
Tak mustahil, tindakan polis tu memberi tanda yang PAS memang sungguh-sungguh berupaya lahirkan wakil rakyat dari PAS yang pertama di Sabah pada pilihanraya akan datang.
Cumanya, yang agak kurang memberangsangkan sikit bila katanya cuma ada 100 penyokong yang bertahan, ramai yang berpatah balik bila dapat tau kehadiran polis yang ramai.
Takpa la.. macam orang sekarang selalu sebut "pelan-pelan kayuh..."
Sabahkini juga melaporkan:
Sementara itu, Lahirul yang dalam ucapan ceramahnya kepada orang ramai yang hadir menegaskan, kehadiran anggota polis yang begitu ramai bukanlah penyebab utama halangan untuk beliau dari terus mengadakan ‘road show’ ke seluruh pelusuk negeri Sabah bagi memberi kefahaman dan maklumat berhubung isu tersebut; termasuklah mengenai isu tanah rakyat Sabah yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sehingga ke hari ini.
“Datanglah berapa puluh ribu sekalipun, saya sama sekali tidak berganjak untuk menoleh ke belakang membelakangi hak rakyat Sabah,” tegasnya.
Beliau juga mendakwa, Ketua Menteri Sabah sebagai Menteri yang ‘pengecut’ kerana tidak berani menyahut cabaran Pemuda PAS berhubung isu tersebut yang sudah melepasi tempohnya. - Ibid.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis