Ramai yang mempersoalkan pasai apa Seksualiti Merdeka cuma jadi isu tahun ni sedangkan program tu dah macam jadi program tahunan sejak tahun 2008 lagi.
Aku rasa komen Matsamankati yang aku salin tampal kat bawah ni yang paling tepat sekali menjawap persoalan tu.
Sebabnya, tahun 2008 baru menang PRU…masing-masing sibuk dengan jawatan harta ghanimah.Lepas tu sibuk dengan projek. Persepsi aku..tahun ini Seksualiti Merdeka salah sebab dah nak pilihanraya..dan masing-masing sibuk nak cari undi. - MalaysiaTimes.Pasai apa orang macam aku tak pernah bising pasai Seksualiti Merdeka sebelum ni? Nak bising apanya kalau tau pun dak. Aku yakin majoriti rakyat Malaysia memang tak pernah dengar pasai program ni tahun-tahun sebelum ni.
Kalau dah dengar pun tak pernah nak bising apanya?
Isu ni cuma bising bila puak-puak penchachai Umno bagi publisiti dengan bantahan depa. Tujuannya aku yakin takdak lain melainkan nak tunjukkan yang depa lebih Islam dari PAS. Dan PAS pun macam biasa akan bagi komen balas yang mungkin dalam masa yang sama boleh menimbulkan persepsi yang PAS pun tak kurang Islamik malah lebih konsisten berbanding puak-puak tu.
Dari satu segi, aku cukup setuju dengan tindakan PAS membantah penganjuran program tu. Sekurang-kurangnya macam yang aku tulis dalam posting "Terima Kasih Ambiga pasai sokong Program Seksualiti Merdeka 2011", PAS berpeluang menyatakan pendirian yang jelas untuk jawab tuduhan juak-juak penchachai Umno yang tuduh PAS wala' kepada Ambiga si 'hindu kapir harbi' masa Himpunan Bersih 2.0 hari tu.
Apa pun, aku masih lagi konsisten dengan prinsip aku, tak bersetuju dengan kaedah mengharamkan apa saja yang pada kita tak berapa nak elok untuk Islam. Kalau untuk mengharamkan untuk diri kita, aku boleh bersetuju tapi kalau terus mengharamkan untuk pihak lain sama, pada aku nampak tak berapa nak kena.
Tambah-tambah lagi la kalau terus nak dikenakan tindakan undang-undang macam yang JAWI nak buat tu, memang dah jauh sangat dari konsep dakwah yang aku faham.
Sefaham aku, Islam menganjurkan kita berdebat dan berhujjah, bukan terus menghukum. Malah dalam hukum Hudud yang dah jelas ditentukan dalam Al-Quran pun masih lagi dibagi ruang untuk yang dituduh dibicarakan dan mempertahankan diri dengan hujjah dan bukti.
Malaysiakini melaporkan:
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyiasat penyertaan umat Islam dalam penganjuran program "Seksualiti Merdeka" bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.Apa pun, isu ni lebih menarik bila Malaysiakini melaporkan:
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali (bawah, kiri sekali) berkata, pihaknya akan mengkajinya berdasarkan seksyen 25 (kesalahan liwat), seksyen 26 (musahaqah atau lesbian) dan seksyen 35 (menggalakkan maksiat). - Mkini.
Dalam satu kenyataan media, biro kerohanian dan pembangunan insan, PMUKM berkata program yang sama juga pernah dirasmikan oleh anak seorang pemimpin utama negara dan dibiarkan sebegitu tanpa sebarang bantahan.Katanya anak tokoh pemimpin negara tu tak lain tak bukan adalah Marina Mahathir.
“Namun di sebalik perihal ia dihebohkan hari ini, masih ramai tidak mengetahui bahawa penganjuran Seksualiti Merdeka telah bermula sejak tahun 2008 lagi.
“Malahan, salah seorang anak tokoh pemimpin negara juga mengaku merasmikan program tersebut beberapa tahun yang lalu, selain Ambiga Sreenevasan tahun ini,” petik kenyataan itu. - Mkini.
Marina Mahathir ketika lancarkan program yang sama tahun 2008 lalu - Sumber: SedakaSejahtera |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis