Semalam SPR 'si anjing Umno' dilaporkan berkata:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menasihati PAS, PKR dan DAP supaya mendaftarkan pakatan mereka bagi membolehkan ketiga-tiga parti menggunakan logo pakatan pembangkang dalam pilihan raya akan datang.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pakatan itu perlu didaftarkan kerana mereka selalu dilihat melanggar peraturan kempen pilihan raya, terutama berhubung isu penggunaan logo. - Mkini
Hari ni Malaysiakini melaporkan:
Gabungan pembangkang telah memohon untuk mendaftar secara rasmi, tetapi Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskannya.Aku setuju sangat kalau ada yang kata ROS ni sebagai komponen BN, malah dalam entry aku sebelum-sebelum ni, kat sini dan sini, aku bagi label ROS ni 'si anjing Umno', sama taraf dengan SPR.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilaporkan berkata Pakatan Rakyat perlu mendaftar dengan ROS sebagai satu entiti politik.
Menurut beberapa ahli politik pembangkang, permohonan tersebut telah dikemukakan kepada ROS sejak November 2009.
Naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mereka telah mengemukakan permohonan kepada ROS ketika Datuk Zaid Ibrahim masih bersama gabungan itu. Zaid kini presiden parti KITA.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengesahkannya: “Kami telah pun memohon secara rasmi.”
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata beliau percaya
SPR mungkin tidak jelas mengenai isu itu. - Mkini
Cumanya yang aku mushkilnya, takkan sampai hari ni ROS takdak jawab langsung permohonan tu. Memang sebelum ni, Zaid Ibrahim diamanahkan untuk urus soal pendaftaran tu, tapi lepas dia keluar PRK dan ambilalih parti KITA, takkan takdak sapa-sapa ganti dia pegang jawatan tu.
Bila fikir-fikir balik, aku rasa pemimpin PR sendiri tak serius nak mendaftar dengan ROS. Aku yakin, kalau pimpinan tertinggi PR sendiri yang uruskan soal pendaftaran tu, takkan la ROS sanggup tak layan langsung permohonan tu.
Cuba bayangkan, kalau setiap minggu, ada sorang pimpinan tertinggi telefon terus ke pejabat ROS, tanya pasai status permohonan tu, aku yakin tentu punya ROS jawab.
Tambah pulak la kalau pimpinan utama ketiga-tiga parti utama PR buat temujanji nak pi ke pejabat ROS, silap-silap belum sampai masa temujanji tu ROS dah jawab pasai status permohonan tu.
Kalau Anwar Ibrahim, Hj Hadi atau Lim Kit Siang telefon depa tak jawab, aku yakin kalau TG Nik Aziz yang telefon depa tentu jawab punya.
Lagi satu, walaupun aku menggelarkan ROS ni sebagai 'si anjing Umno' aku yakin tak ramai kakitangan ROS tu yang betul-betul beriman dengan mazhab Umno. Ramai jugak yang bersimpati dengan PR, malah aku yakin, yang jadi ahli PAS pun ada, cumanya depa tak berani nak tunjuk terang-terang.
Maknanya, kalau PR serius nak daftarkan Pakatan Rakyat sebagai pakatan yang sah, tak patut sangat sampai lebih setahun langsung takdak jawapan dari ROS. Kalau takat nak tau permohonan tu sangkut kat mana, aku yakin ramai orang kita yang kerja dengan ROS boleh bagitau.
Jadinya, setara mana serius sebenarnya Pakatan Rakyat nak berdaftar??
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis