Terima Kasih Ambiga pasai sokong Program Seksualiti Merdeka 2011 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 03, 2011

Terima Kasih Ambiga pasai sokong Program Seksualiti Merdeka 2011

mStar melaporkan:  
KUALA LUMPUR: PAS tidak mahu penglibatan Pengerusi Gabungan PilihanRaya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga pada Program Seksualiti Merdeka 2011 dikaitkan dengan parti itu kerana penganjurannya jelas bertentangan dengan Islam.
   
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, walaupun pembangkang dilihat sentiasa bekerjasama rapat dengan Ambiga dalam pembagai isu, namun kali ini mereka menegaskan tidak akan menyokong pendirian bekas Presiden Majlis Peguam tersebut. - mStar.
Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Ambiga pasai sokong program tu. Dengan Ambiga sokong program tu memudahkan PAS bagi contoh jelas tentang pendirian PAS.

Sebelum ni juak-juak Umno menjaja merata kampung kata PAS sokong BERSIH 2.0 yang dianjurkan Ambiga 'Hindu kafir' pro-murtad. Ramai jugak la orang melayu Islam terutama makcik pakcik di kampung dan Felda yang tak sampai teknologi maklumat kecuali TV yang termakan putar alam penchacha1 Umno BN tu.

Dengan hangatnya isu program ni harap-harap terutama sekali makcik pakcik di kampung dan Felda boleh nampak jelas pendirian sebenar PAS.

Memang sebenarnya pun PAS tak sokong Ambiga tapi PAS cuma sokong dan bersama perjuangan BERSIH 2.0 yang diketuai Ambiga. Memang pun tak sepatutnya difaham sa kata PAS sokong Bersih 2.0 PAS jugak sokong semua yang Ambiga buat dan percaya. Orang yang BANGANG ja suruh orang lain fikir macam tu.

Tapi dengan hangatnya isu program kebebasan seksualiti ni PAS dengan penuh rasa tangggungjawab turut membantah program tu yang katanya turut disokong Ambiga atas alasan kebebasan individu dan hak asasi manusia.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 3 Nov: PAS menegaskan sokongan parti itu terhadap Datuk S Ambiga hanyalah terhadap isu yang dibawanya terutama mengenai tuntutan Bersih baru-baru ini, tetapi bukanlah sokongan ke atas batang tubuhnya.

Oleh itu, PAS tetap tidak bersetuju malah menentang keras pendirian Ambiga terhadap hak asasi manusia yang diperjuangkannya mengenai seksualiti termasuk sokongannya terhadap program Seksualiti Merdeka yang dianjurkan oleh pihak-pihak terbabit baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, perkara itu perlu difahami oleh kesemua pihak dan tidak sepatutnya disalah anggap sejajar dengan dasar perjuangan PAS sejak ditubuhkan untuk menegakkan Islam di tanah air. - Hrkh.

Haralahdaily juga melaporkan:
KUALA LUMPUR, 3 Nov: Bagi menyatakan bantahan terhadap panganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang sedang berlangsung sehingga 13 November ini, Dewan Pemuda PAS pusat akan mengadakan himpunan aman di di seluruh Masjid Negeri esok.

Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan, arahan itu telah dikeluarkan kepada ketua dewan pemuda PAS negeri-negeri hari ini.

"Hari ini kita telah mengarahkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri agar mengadakan himpunan aman di masjid negeri masing-masing selepas solat Jumaat esok," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Himpunan itu ujarnya bagi membantah program yang disifatkan sebagai bertentangan dengan cara hidup semua agama itu dan menuntut ianya dibatalkan dengan segera. - Hrkh.

Harakahdaily turut melaporkan:
KUALA LUMPUR, 3 Nov: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menentang keras program Seksualiti Merdeka 2011 kerana bertentangan dengan cara hidup semua agama khususnya Islam.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak menafikan hak berhimpun seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Negara namun dalam isu ini, ianya tidak harus disokong kerana mencemarkan budaya timur.

"Muslimat tak sokong penganjuran program ini dan menentang keras kerana ia jelas melanggar norma kehidupan manusia.

"Memang hak berhimpun dijamin dalam Perlembagaan namun dalam konteks ini, ia jelas merupakan cara hidup Barat," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, pihak yang menganjurkan program tersebut juga harus menghormati agama Islam yang merupakan agama rasmi negara. - Hrkh.
   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...