Kesian kat Mat-mat Indon... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, November 22, 2011

Kesian kat Mat-mat Indon...


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 21 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011, sebentar tadi.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang baru sahaja memenangi pingat emas di Sukan Sea dalam aksi final yang mendebarkan sebentar tadi.

“Semoga pasukan bola sepak negara terus mengukir kecemerlangan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan menerusi twitter.

Pasukan kebangsaan menewaskan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa 120 minit pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 apabila Gunawan menanduk masuk pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra setengah jam kemudian. - Hrkh.
Mula-mula sekali aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Muda pasai berjaya mengalahkan Indonesia semalam walaupun aku sebenarnya mengharapkan Indonesia yang menang. Bukan tak patriotik tapi lebih kepada kesian kat Indon yang dah lama sangat mengidam-idamkan pingat emas Sukan Sea tu.
 
Lagi pun, apalah sangat setakat pingat emas sukan sea tu, tak ke mana pun. Lain la kalau juara piala asia ka, atau boleh masuk piala dunia, kalau tahap tu baru la ada standard.

Bukannya apa, aku sebenarnya meluat tengok orang-orang politik yang tiba-tiba ja semua jadi peminat bola, padahal selama ni tak pernah pun nak peduli. Puak-puak opportunis ni bukan kira, apa saja yang depa rasa boleh dapat political mileage depa akan kaut.

Nasib baik takdak pilihanraya dalam masa terdekat ni . Kalau la parlimen dibubarkan dalam masa terdekat ni, kita boleh tengok budak-budak harimau muda tu pun jadi bahan kempen pilihanraya.

Lagi satu, kesian aku tengok mat-mat Indon yang ada kat Malaysia ni, yang sanggup tebalkan muka pi tengok bola kat kedai makan atau kedai mamak, kesian tengok depa kena kutuk, pelan-pelan bangkit bila pasukan Garuda kalah, padahal ada dikalangan depa-depa tu warganegara Malaysia pemegang MyKad warna biru yang akan turut mengundi masa PRU13 nanti.

Apa pun, terima kasih kepada Fakri pasai tendang penalti tak masuk. Sekurang-kurangnya  dia bagi sedikit kegembiraan kepada penyokong Indon, walaupun sekejap... Hahaha...

[sumber:sokerleaks]
Berkaitan

   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...