Live Sidang DUN Negeri Perak 2011 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, November 22, 2011

Live Sidang DUN Negeri Perak 2011


Portal PAS Perak melaporkan:
IPOH, 21 Nov : Ketua Pembangkang Perak, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin menyifatkan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak sebagai bajet pilihanraya.

Beliau berkata, Bajet yang mengalami defisit sebanyak RM 50.142 juta. Bajet yang dibentangkan ini tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri. Ianya jelas hanya bersifat pemberian.

“Pada prinsipnya, bajet ini ialah pengunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tiada langsung usaha-usaha untuk membangun dan memajukan negeri,” katanya ketika membuat sidang media sejurus sidang DUN Perak ditangguhkan.

Tambahnya lagi, bajet tahun 2012 ini mengalami defisit yang sangat besar. Ianya jelas berpunca daripada kepincangan pengurusan kewangan.

“ Ini menggambarkan Kerajaan Negeri Perak kepada sebuah negeri yang bankrap apabila pembelanjaan lebih daripada pendapatan,” tegasnya lagi.

Sidang ditangguhkan hingga esok dan akan berlanjutan hingga Jumaat. - PAS Perak.
Ikuti  Sidang DUN Perak secara LIVE kat bawah ni.



Rakaman Sidang hari Pertama



Link ikhsan: Ajijoi 

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...