Malaysiakini melaporkan:
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat bagi menjamin kebebasan berhimpun.Setakat aku tulis posting ni, aku belum jumpa lagi Ahli Parlimen PR komen pasai rang undang-undang baru ni. Tak pasti pulak sama ada depa akan sokong atau tentang.
Antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu:
(1) Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.
(2) Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.
(3) Tiada protes jalanan dibenarkan.
(4) Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.
(5) Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.
(6) Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;
(7) Individu bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan
(8) Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan, termasuk berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri dalam negeri.
Dijadual untuk bacaan kedua pada minggu depan, rang undang-undang itu dibentangkan serentak dengan rang undang-undang lain untuk meminda Akta Polis, yang antaranya menyaratkan permit polis diperoleh sebelum mengadakan perhimpunan. - Mkini.
Tapi biasanya kalau ada rang undang-undang yang akan depa tentang awal-awal lagi depa akan bagi kenyataan dengan pihak media.
Contohnya Rang Undang-undang Kampung Baru sebelum ni, nampak memang masak depa hadamkan dan kemudiannya kongsikan dengan pihak media. Punya la sungguh-sungguh sampai tahap Umno BN terpaksa buat undian waktu malam, waktu yang ramai ahli parlimen PR ponteng untuk pastikan RUU tu berjaya diluluskan dengan jayanya.
Berbanding dengan RUU Perhimpunan aman ni, langsung tak dengar komen dari ahli parlimen PR. Takkan kut sampai hari ni depa masih tak berani nak buat pendirian nak sokong atau nak tentang.
Tapinya, memang tak heran kalau depa pun teragak-agak nak sokong atau nak tentang.
Nak menentang mungkin tak berapa nak kena pasai mungkin depa takut akan rugikan depa balik kalau PR berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti. Kalau ada undang-undang macam ni, tentu depa boleh duduk di Putrajaya dengan tenang tanpa risau kena berdepan dengan demonstrasi jalanan kalau depa buat tak ketahuan tara mana pun.
Lagi pun, takkan depa nak tentang undang-undang macam tu. Takkan depa takmau sokong undang-undang yang nak halang negara jadi 'huru-hara' macam tu.
Kalau nak sokong pulak, lagi la tak kena pasai majoriti depa tu sama-sama turun berdemonstrasi jalanan masa himpunan BERSIH 2.0 bulan Julai lepas. Nampak sangat la depa 'munafiq' kalau depa sokong RUU tu.
Apa pun, aku harap para Ahli Parlimen PR berjaya cari alasan yang munasabah untuk tentang Rang Undang-undang yang rampas hak kebebasan rakyat macam ni.
Aku harap sangat Mat Sabu sebagai ikon demonstrasi Malaysia masakini, bagi komen pasai Rang Undang-undang ni sebagai 'que' supaya mudah ahli parlimen PR terutama sekali dari PAS meneguhkan pendirian.
Kalau RUU Perhimpunan Aman ni diluluskan parlimen dan ahli parlimen PR pulak tak sungguh-sungguh menentang, lepas ni jangan pulak ada ahli parlimen pakatan rakyat yang muka tak malu nak sembang pasai BERSIH 3.0.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis