Dewan Himpunan Penyokong PAS tak setuju hudud - Salah siapa? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Oktober 09, 2011

Dewan Himpunan Penyokong PAS tak setuju hudud - Salah siapa?

MalaysianInsider melaporkan:    
KUALA LUMPUR, 9 Okt — PAS berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan dan mencetuskan keadaan keluar beramai-ramai dari sayap bukan Muslim jika parti Islam itu tidak mengalah dalam isu hukum hudud, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw.

Menurut Hu, ramai ahli dewan itu tidak gembira dengan langkah PAS mahu memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.

Justeru beliau memberi amaran langkah itu akan menyebabkan ahli-ahli sayap paling muda PAS itu meninggalkan secara besar-besaran, sekali gus menjejaskan peluang parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam pilihan raya umum.

Dewan itu dibentuk secara formal tahun lalu dengan dinaikkan taraf daripada sebuah kelab yang wujud sejak enam tahun lalu.

“Kita perlu mengakui bahawa dalam politik apa sahaja boleh berlaku,” kata Hu kelahiran Kelantan ketika menegaskan pendiriannya kepada The Malaysian Insider.

“Apabila anda jatuh cinta dengan seseorang, kalau apa pun terjadi, anda akan bersama. Tetapi apabila cinta sudah mula hilang, apabila perasaan sudah tiada, anda akan ikut jalan anda, saya akan ikut jalan saya sendiri,” katanya.

Minggu lalu, Hu mempertahankan pendiriannya bahawa parti itu perlu memberi penjelasan secukupnya kepada masyarakat bukan Islam berhubung cadangan untuk melaksanakan hukum hudud.

Katanya, jika penjelasan itu tidak diberikan dan bukan Islam belum memahaminya, selagi itulah PAS tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan di sebuah negara yang didiami masyarakat majmuk.

“PAS perlu mengambil kira dan menerima pandangan saya sebagai ketua dan pemimpin yang mewakili masyarakat bukan Islam,” katanya sebelum ini. - TMI.
Aku yakin, kenyataan Hu Pang Chow ni bukan pandangan keseluruhan ahli DHPP. Pasainya aku pernah sembang dengan seorang orang kuat DHPP yang kata langsung takdak masalah dengan hudud malah sangat-sangat sokong undang-undang hudud berjalan.

Pun macam tu, tak mustahil jugak kemungkinan pandangan Hu Pang Chow tu adalah pandangan majoriti dalam DHPP. Yang sahehnya, pandangan tu memang ada dalam DHPP. Kalau nak tau secara pasti, PAS kena buat kajian khas pasai ni.

Apa pun, aku sangat-sangat setuju dengan pandangan Hu. PAS memang kena giatkan lagi sessi penerangan terutama sekali untuk ahli DHPP. Pasainya depa-depa ni akan jadi 'front line' PAS untuk mendekati golongan bukan Islam.

Tentu punya depa akan kena tanya pasai isu hudud ni dan depa mau tak mau nak kena jawab. Kalau depa sendiri pun tak faham isu ni macamana depa nak menjawab. Tambah-tambah lagi la masalah kalau depa sendiri pun silap faham.

Dalam bab ni, aku nak letakkan tanggungjawab ni ke atas bahu Dewan Ulama'.  Dewan Ulama' patutnya lebih pro-aktif untuk bersama dengan ahli DHPP. Dewan Ulama' patutnya gunakan ruang yang ada dengan ujudnya DHPP ni sebagai sasaran dakwah.

Kalau dengan ahli DHPP pun Dewan Ulama' tak boleh nak berjaya, macamana Dewan Ulama' nak hadapi masyarakat luar PAS yang tentu lebih-lebih lagi besar cabarannya.

Aku sebenarnya kesian sungguh dengan kawan-kawan yang menggerakkan Lajnah Perpaduan Nasional. Depa terpaksa jadi 'front line' kepada PAS untuk mendekati golongan bukan Islam. Aku dah dengar banyak kes yang depa terpaksa hadapi dalam keadaan depa sendiri ragu-ragu terutama sekali dalam bab hukum.

Takkan masa tu baru nak tanya ustaz, mana nak sempat dah. Nak tak nak kena buat ijtihad sendiri dulu. Lepas tu baru pi cari ustaz tanya pasai hukum.

Masalahnya, sampai setakat ni takdak satu jawapan standard untuk soalan-soalan yang biasa ditanya tu (FAQ). Aku dah pernah cadangkan kepada sorang Ajk Dewan Ulama' Perak supaya keluarkan satu FAQ dan juga senarai 'do and don't' yang standard supaya mudah aktivis Lajnah Perpaduan Nasional bergerak. Sampai la ni habuk pun tarak...

Jadinya, aku harap-harap sangat Dewan Ulama' ambil tanggungjawab tu dengan penuh tanggungjawab. Tak payah la berkira sangat dengan jadual kuliah merata masjid dan surau. memang aku tak nafikan kuliah merata masjid dan surau tu sebahagian dari keperluan tapi kita kena sedar DHPP adalah TANGGUNGJAWAP kita, maksud aku Dewan Ulama' pun patut bertanggungjawab.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...