Dr. Zambry 'eee' Kadir terus pertahankan projek CELAKA ni. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Oktober 09, 2011

Dr. Zambry 'eee' Kadir terus pertahankan projek CELAKA ni.

Malaysiakini melaporkan:
Vale, syarikat perlombongan kedua terbesar di dunia, yang menyedari mengenai pentingnya usaha memulihara alam sekitar, telah mengambil langkah-langkah ketat dalam pembangunan pusat pengedarannya di Teluk Rubiah, di Seri Manjung, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
 
Zambry memberi jaminan bahawa pojek itu tidak akan menjejaskan alam sekitar memandangkan syarikat itu akan mematuhi prosedur Impak Penilaian Alam Sekitar (EIA) yang ketat.
 
"Mereka (Vale) menyedari sepenuhnya syarat itu. Saya telah berulang kali memaklumkan kepada mereka bahawa kerajaan negeri tidak akan bertoleransi (sebarang kesan negatif ke atas alam sekitar). Dasar itu jelas," katanya pada sidang media selepas melakukan upacara pecah tanah pusat pengedaran bijih besi Vale di Seri Manjung semalam.

Vale Malaysia Manufacturing Sdn Bhd (Vale Malaysia) juga menyedari mengenai usaha untuk melindungi alam sekitar dengan memmanfaatkan teknologi hijau, katanya.

Vale membuat pelaburan awal sebanyak US$1.37 bilion atau RM4.07 bilion bagi membangunkan fasa pertama kompleks berkenaan dengan kapasiti untuk menampung kapal dan mengendalikan sehingga 30 juta tan bijih besi setahun mulai separuh pertama 2014.
 
Zambry berkata pematuhan terhadap prosedur EIA adalah antara syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri terhadap Vale International untuk beroperasi di Teluk Rubiah yang merupakan kawasan pelancongan yang popular. - Mkini.
Memang senang-senang Dr. Zambry 'eee' Kadir bagi jaminan macam tu. Masalahnya, Dr. Zambry sendiri pun aku langsung tak percaya macamana nak percaya dengan jaminan dia.

Mana mungkin projek sebesar tu tak memusnahkan alam sekitar, tambah-tambah lagi kalau dah terpaksa mengorbankan kawasan hutan bakau, elemen terpenting ekosistem persisir pantai. Tambah-tambah pulak kawasan sekitar tu adalah kawasan eko-pelancongan dan juga antara kawasan utama perikanan untuk negeri Perak.

Projek ni tentu akan mencelakakan nasib industri eko-pelancongan dan perikanan di Teluk Rubiah, Teluk Batik, Pangkor dan kawasan sekitarnya.

Aku tak mau komen banyak berkenaan isu ni. Pasainya aku takdak banyak maklumat.

Kalau nak banyak maklumat berkenaan kesan projek Teluk Rubiah ni boleh jengok blok Otai Manjung ni. Elok kalau boleh ikuti sendiri rakaman sidang media oleh Sahabat Alam Malaysia di blog Otai Manjung.

Juga boleh jenguk Facebook Selamatkan Teluk Rubiah Manjung dr kerakusan manusia.

Tak mustahil Dr. Zambry akan kalah di Dun Pangkor akibat projek ni. Tapi kalau takdak undi pos memang confirm punya Dr. Zambry akan kalah PRU13 nanti malah PRU12 dulu pun dia dah kalah kalau takdak undi pos.
Teliti pada bahagian 'emmission'.
   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...