Takkan dengan Kerabat pun kecut? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 10, 2011

Takkan dengan Kerabat pun kecut?

MalaysianInsider melaporkan:  
PUCHONG, 9 Okt — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan semua pesara dan bekas tentera agar tidak menyanggah Fasal 17 dalam Rang Undang-undang Veteran 2011 yang telah diluluskan di Parlimen, semata-mata mahu menjaga kepentingan hak peribadi masing-masing.
 
Beliau berkata ada segelintir pesara dan bekas tentera yang menolak pelaksanaan rang undang-undang itu kerana khuatir kedudukan serta kebebebasan mereka untuk bersuara dan berpersatuan akan disekat.

“Saya tahu, ada satu dua pihak dan pemimpin (persatuan) yang rasa diri dan kedudukan mereka tergugat jika Fasal 17 ini dilaksanakan sebab takut hak mereka dihalang dan disekat,” katanya di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online Zahid (gambar) berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan beberapa pemimpin persatuan bekas tentera yang meminta Kementerian Pertahanan mengkaji semula Fasal 17 rang undang-undang itu yang didakwa menyebabkan pembatalan dan pembubaran persatuan-persatuan bekas tentera sedia ada.

Menteri Pertahanan itu berkata Fasal 17 tidak membatalkan persatuan-persatuan bekas tentera sedia ada sebaliknya hanya memindahkan kuasa pendaftaran daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan kepada Pendaftar Persatuan Bekas Tentera.

Rang Undang-Undang Veteran 2011 antara lain bertujuan menubuhkan Majlis Veteran Malaysia bagi menyelia pelaksanaan dasar dan pelan tindakan berhubung dengan hal ehwal veteran selain menjadi badan pemantau bagi semua persatuan veteran di Malaysia.

“Hasrat kerajaan adalah mahu membantu mereka dan jangan pesongkan (rang undang-undang ini) bagi memenuhi kepentingan diri, tidak ada persatuan yang akan dibatalkan... jadi saya minta yang lain (pesara dan bekas) jangan ikut mereka yang cuba jaga kepentingan diri sendiri,” katanya. - TMI.
Ni apa punya GILA punya undang-undang ni. Patutnya bila dah jadi orang awam, bekas askar dibagi kebebasan macam orang awam lain, tapi nampak gayanya Fasal baru ni nk terus kongkong anggota tentera walaupun dah pencen.

Tah apa yang Umno BN takut sangat ni sampai kebebasan bekas askar nak berpersatuan pun nak dihalang. Ikut suka depa la nak tubuhkan persatuan apa pun, selagi tak buat benda-benda yang menyalahi undang-undang.

Kalau ikut logik tu maknanya lepas ni nak kena ada pulak Pendaftar Persatuan Bekas Polis. Mungkin sesuai jugak diujudkan pendaftar Persatuan bekas kakitangan awam. Ataupun mungkin lebih sesuai dikecilkan lagi kepada Pendaftar Persatuan Bekas Guru contohnya. Tak ka gila namanya tu.

Tapi bila fikir balik, takkan pulak Umno BN rasa tergugat bila Kerabat ujud kot.

Kalau betul macam tu, nampak gayanya andaian aku sebelum ni silap la. Walaupun Kerabat yang cuma mampu kumpul sekitar 500 orang ja untuk satu program besar nak serahkan 8 tuntutan depa baru-baru ni, tapi tara tu pun Zahid Hamidi dah kecut perut.

Memang patut pun dia kecut perut. Cuba bayangkan bekas tentera yang yang gagah berani yang ada tah berapa ratus ribu orang tu ada persatuan sendiri yang bebas dari kawalan dan kongkongan Umno BN. Kena pulak depa boleh pengaruhi anggota tentera yang masih berkhidmat. Masa tu mungkin Umno BN pulak yang takut dengan undi pos.

Berkaitan


   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...