KUALA LUMPUR, 8 Sept — Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan Ahmad Indera atau lebih dikenali sebagai “Mat Indera” telah merancang serangan ke atas Bukit Kepong pada 1950 selain mendakwa beliau berusaha keras mempengaruhi orang Melayu menyertai “kegiatan haramnya” dalam Parti Komunis Malaya (PKM).Nak tak nak Umno BN terpaksa mempertahankan sejarah rumah pasong Bukit Kepong versi penjajah British yang kata Mat Indera adalah pengganas komunis.
Dalam berita muka depan Berita Harian hari ini, yang bersandarkan pada rencana khas Ghani sendiri, Menteri Besar juga mendakwa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Rejimen Ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.
Semalam, keluarga Mat Indera mempertahankan beliau bukan merupakan komunis dan mahu kerajaan membersihkan namanya. - TMI.
Umno BN takdak pilihan lain pasai peristiwa Bukit Kepong jadi contoh utama melambangkan keganasan komunis dan Mat Indera adalah watak utama sebagai ketua komunis yang serang rumah pasong tu.
Umno BN memang perlu sangat imej keganasan komunis terutama sekali orang melayu yang menyertai perjuangan komunis pasai banyak tindakan Umno BN terhadap pemimpin melayu yang menentang Umno BN termasuk ditahan di bawah ISA atas alasan 'terlibat dengan komunis'.
Umno terpaksa mempertahankan dakwaaan sapa jugak yang bekerjasama dengan komunis adalah pengganas, tak kira walau atas sebab apa sekalipun.
Pasai tu lah Umno BN memang tak boleh nak mengiktiraf perjuangan Mat Indera walaupun ada saksi dan hasil kajian sejarah yang menunjukkan Mat Indera langsung tak terpikat dengan fahaman komunis walaupun pun berjuang bersama komunis. Mat Indera 'terpaksa' bersama perjuangan komunis pasai dia takdak pilihan lain masa tu kecuali kalau dia bersedia untuk ditangkap dan dihukum oleh penjajah British.
Macam tu jugak Umno BN langsung tak boleh nak mengiktiraf perjuangan Rejimen ke 10 yang dianggotai oleh orang melayu termasuk guru agama yang memang agenda utama depa adalah menentang penjajah. Depa cuma dapat bantuan persenjataan dan latihan dari komunis yang lebih berpengalaman dalam perang gerila.
Saban tahun setiap kali menjelang merdeka sejarah rumah pasong Bukit Kepong versi penjajah ni diulang tayang untuk menggambarkan kekejaman komunis dan pasai tulah apa-apa saja yang boleh dikaitkan dengan komunis mesti ditentang dan dihapuskan.
Kalau perjuangan Mat Indera diiktiraf, maka sejarah rumah pasong Bukit Kepong mesti ditulis semula. Kalau sejarah macam tu ditulis semula akan timbul banyak cerita sebenar siapa yang sebenarnya pejuang bangsa dan siapa yang sebenarnya petualang bangsa yang selama ni dipendam oleh Umno BN.
Jadinya, mau tak mau Umno BN terpaksa mempertahankan sejarah rumah pasong Bukit Kepong versi British tu. Umno BN terpaksa buat apa saja termasuk Ghani Othman yang terpaksa bersilat sampai tergeliat lidah untuk mengubah persepsi negtif yang timbul hasil pendedahan buku Pengukir Sejarah Johor yang dia sendiri jadi penaung yang cukup jelas mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang.
Berkaitan