MAIS pun beraksi sebagai 'si anjing Umno'? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 08, 2011

MAIS pun beraksi sebagai 'si anjing Umno'?

Bernama melaporkan:
"YB Khalid Samad tidak boleh membuat apa-apa penyampaian agama termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana ketiadaan tauliah daripada MAIS," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Adzib berkata, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS pada 23 Jun lalu yang menolak rayuan Khalid berhubung penarikan tauliah beliau dibuat selaras dengan perkenan Sultan Selangor untuk tidak memberikan tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada ahli politik di masjid dan surau di Selangor.

Beliau turut mengingatkan nazir masjid dan pengerusi surau di Selangor agar tidak menjemput ahli politik untuk memberikan ceramah, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali yang mempunyai tauliah MAIS yang masih berkuat kuasa. - BERNAMA
Yang mushkilnya pasai apa Mais langsung tak ambil tindakan bila pemimpin Umno bagi tazkirah di Masjid

Tulangbesi dalam blog dia mencabar Jais supaya siasat YB Satim Diman yang dilaporkan Sinarharian bagi tazkirah di sebuah masjib di Kampung Melayu Subang.

Sinarharian melaporkan:
PUCHONG – “Kalau dia tidak suka orang Melayu di Malaysia, dia boleh pindah ke negara lain,” kata Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman mengenai tindakan seorang pelakon lelaki terkenal era 1980-an yang didakwa mengkafirkan kerajaan, memperlekehkan institusi istana serta mengecam orang Melayu sebagai bangsa yang bodoh dalam takzirahnya di sebuah masjid di Kampung Melayu Subang, minggu lalu. - Sinarharian.
Nampak sangat Jais dan Mais berpolitik bagi pihak Umno, ambil tindakan ke atas pemimpin PAS tapi buat-buat tak nampak bila pemimpin Umno buat.

Yang lebih jelas lagi, Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini membawa bukti terhadap dakwaannya bahawa dan Mais Agama Islam Selangor (Mais) adalah alat BN.

Pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini, beliau mendedahkan gambar Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa bersama ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan yang terang-terang memaki baju BN pada satu majlis di perkarangan sebuah masjid ketika pilihan raya parlimen itu.

"Bersama Kamalanathan, 'Ust Kamal' di perkarangan masjid di felda Hulu Selangor, di mana Ust Kamal pakai baju BN dan Datuk Adzib duduk senang hati dengan dia tak ada masalah.

"Ini gambar beliau dengan Ust Kamal memberi plak kalimah Allah kepada penduduk felda, ini dalam kawasan masjid ni. Yang dia duk bantai PAS bantai Pakatan Rakyat tentang isu kalimah Allah, dia buat itu dengan P. Kamalanathan dengan pakai baju BN.

"Bagi saya Datuk Adzib memang orang Umno BN. Saya minta dia jawab," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar yang dibawanya. - Hrkh.
Yang paling CELAKAnya bila Pengerusi MAIS tu gunakan nama Sultan Selangor sebagai 'ketua agama Islam' untuk rakyat Selangor untuk menghalalkan tindakan dia nak dakwa pemimpin PAS.

Rasa tak berapa nak lepas nak panggil MAIS 'si anjing Umno' tapi kalau pengerusi MAIS tu nak digelar 'si anjing Umno' aku memang sokong.

Sumber imej: KL-Today dan e-zakat

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...