Umno dah jumpa bahan kimia boleh padam dakwat kekal? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 08, 2011

Umno dah jumpa bahan kimia boleh padam dakwat kekal?

Malaysiakini melaporkan:
Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu.

Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.

Ketika dihubungi hari ini, Nazri berkata: "Saya juga tak tahu."
- Mkini.
Aku yakin Umno dah jumpa bahan kimia yang boleh digunakan untuk padam dakwat kekal yang akan digunakan oleh SPR kelak. Kalau tak jumpa bahan kimia yang boleh padam dakwat kekal tu aku tak yakin Umno BN takkan benarkan kabinet setuju penggunaan dakwat kekal tu.

Takkan la Umno BN nak bersetuju cadangan yang boleh hapuskan 5% kelebihan undi untuk depa melalui manipulasi daftar pemilih dan pengundi hantu.

Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni tak mustahil ada yang dah berjaya jumpa formula nak sediakan bahan kimia yang boleh padam dakwat kekal tu.

Aku yakin pemimpin Pakatan Rakyat pun yakin Umno BN dah jumpa bahan kimia yang boleh padam dakwat kekal tu tapi aku harap depa tetap sokong penggunaan dakwat kekal tu kalau SPR bersetuju menggunakannya.

Walaupun masih 'boleh menipu' tapi sekurang-kurangnya susah la sikit depa nak tipu tu.

Yang lebih penting lagi macam disebut dalam laporan Malaysiakini tu, nampak macam kabinet bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal menggantikan cadangan penggunaan kaedah biometrik. Sekurang-kurangnya banyak duit rakyat dapat dijimatkan kalau guna dakwat kekal berbanding kalau guna kaedah biometrik.

Apa pun, macam yang selalu Tukartiub tulis "kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa pasti pilihanraya telah lama diharamkan di malaysia kah kah kah"

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...