Peraturan 25 (2) Peraturan Pilihanraya (Daftar Pemilih) 2002 perlu dipinda | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, September 20, 2011

Peraturan 25 (2) Peraturan Pilihanraya (Daftar Pemilih) 2002 perlu dipinda

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 20 Sept: Seperti dijanjikan sebelum ini, Dewan Pemuda PAS semalam mendedahkan 10 lagi kes kad pengenalan yang berkemungkinan palsu kerana memiliki nama sama tetapi dua nombor kad pengenalan sedikit berbeza.

Dalam pendedahan semalam, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat membawa bukti perubahan status 10 individu yang mewakili lima nama sebelum dan selepas pendedahan mereka bulan lalu.

Dalam maklumat itu, kesemua mereka mempunyai dua nama yang sama, dua nombor kad pengenalan hampir sama dan boleh mengundi dua kali, telah bertukar status menjadi satu dalam rekod SPR selepas didedahkan. - Hrkh.  
Kalau tengok kepada 10 nama yang disenaraikan tu, semuanya tinggal satu. Maknanya salah satu nama dah pun di potong dari database Daftar Pemilih SPR. Yang kita mushkilnya apa cara yang SPR guna untuk tentukan nama yang mana yang betul dan nama mana yang klon.
 
Aku yakin SPR bandingkan database dia dengan database yang ada pada Jabatan pendaftaran Negara. Yang ada dalam database JPN dikekalkan tapi yang takdak dalam database JPN dibuang dari Daftar pemilih SPR.

Yang aku mushkilnya, selama ni SPR sungguh-sungguh kata Daftar pemilih dah pun dibersihkan, dah dibandingkan dengan data JPN. Kalau betul pasai apa ada lagi yang perlu dibuang.

Macam yang aku tulis sebelum ni, banyak nama yang dah SPR buang menggunakan prosedur biasa termasuk proses semakan dan bantahan setiap suku. Nama-nama tu dibuang menggunakan macam-macam status macam yang aku tulis sebelum ni kat sini.

Antara status yang SPR guna adalah "PEMOTONGAN - TIADA REKOD DI JPN. Maknanya memang SPR dah buat semakan dengan cara bandingkan dengan database JPN, kalau tak bandingkan mana nak tau ada ka dak rekod dalam di JPN.

Isunya di sini, berapa nama sebenarnya yang klon' yang SPR buang dari senarai. Takkan kut nak semak satu persatu secara online dalam laman web SPR, tu kerja gila namanya.

Kalau nak senang nak kena beli daftar pemilih terkini dari SPR yang kosnya kalau tak silap aku sekitar 80ribu. Walaupun mahal tapi tak mahal nama kalau nak kira dari segi keperluannya. Kalau ada database tu, Unit IT dan Daftar Pemilih PAS memang mampu untuk buat analisa tu.

Cuma masalahnya, bila nak dibeli daftar pemilih terkini tu? Kalau beli sekarang tak mustahil lepas kita beli daftar pemilih tu SPR potong nama lain pulak, maknanya daftar yang kita baru beli tu bukan lagi daftar terkini. Takkan nak keluarkan lagi RM80k untuk beli lagi sekali. Tokey babi pun boleh bangkrap macam tu.

Aku tak berapa reti pasai undang-undang ni tapi setakat yang aku baca dan setakat yang aku faham Undang-undang pilihanraya dalam bab daftar pemilih yang ada sekarang ni task berapa sesuai.

Aku rasa  PAS dan Pakatan Rakyat kena desak SPR mansuhkan mana-mana peraturan dalam Peraturan-peraturan Pilihanraya (Pendaftraran Pemilih) 2002 yang bagi kuasa kepada Ketua Pendaftar untuk buat perubahan kepada Daftar Pemilih bila-bila masa ikut suka dia.

Contohnya Peraturan 25 (2) yang macam bagi kuasa penuh untuk buat apa saja ke atas Daftar Pemilih pada bila-bila masa ikut suka depa.

Sepatutnya, kalau nak buang mana-mana nama dari Daftar Pemilih, kena gunakan kaedah yang standard termasuk proses semakan dan bantahan, barulah telus.

Apa jaminan Ketua Pendaftar SPR tu buat kerja CELAKA potong nama yang tak sepatutnya dipotong pasai nak beraksi sebagai 'si anjing Umno'? Di buatnya pulak aksi tu betul-betul sebelum parlimen dibubarkan untuk PRU13. Masa tu, apa lagi yang kita boleh buat?

Elok la, dalam keadaan SPR sendiri kata nak buat pindaan Undang-undang pilihanraya, Peraturan 25 (2) tu dikaji semula.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...