Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuh bukan kerana tuntutan Pakatan Rakyat, sebaliknya bagi mendengar luahan hari rakyat.Memang tepat sekali macam yang TG Nik Aziz cakap tu. Cakap Najib tu membayangkan dia tak iktiraf pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat sebagai rakyat Malaysia termasuk tak iktiraf pemimpin pakatan rakyat macam TG Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
"Hairan saya, (angggota) Pakatan Rakyat bukan rakyatkah?" soalnya yang juga menteri besar Kelantan.
Najib semalam dilapor menegaskan, keputusan memansuhkan ISA dibuat kerajaan BN mendengar isi hati rakyat yang inginkan perubahan sedemikian.
Justeru, katanya, jangan ada pihak yang mahu mendapat nama bahawa pengumuman itu hasil perjuangan mereka.
Menulis di laman Facebook beliau hari ini, Nik Aziz berkata, baginya perkara baik tidak salah untuk ditiru.
"Bukankah Rasulullah SAW memerintahkan supaya mengambil apa jua hikmah (kebijaksanaan) di mana saja ia ditemui?" katanya. - Mkini.
Patut pun rakyat yang turun berdemonstrasi bantah ISA dulu dilayan macam anjing, diligan, dipukul dan ditangkap oleh polis dan FRU. Kalau takat kena sembur air kimia dan sedut asap memang standard. Anjing pun tak dilayan seteruk tu malah anjing pun polis bela.
Bukan setakat rakyat biasa ja yang kena macam tu, ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat sebagai wakil kepada rakyat pun dilayan macam bukan rakyat sendiri.
Apa salahnya kalau mengaku kerajaan selama ni tersilap, terkhilaf. Ataupun sekurang-kurangnya mengaku yang akta ISA yang zalim tu dah tak sesuai dengan keadaan negara sekarang ni macam yang rakyat terutama sekali penyokong Pakatan Rakyat yang berjuang supaya akta ni dihapuskan.
Lagi pun apa yang Najib nak malu mengaku macam tu. Bukannya akta zalim tu digubal masa Najib jadi PM.
Apa pun, setakat ni langsung takdak bayangan dari Najib yang mengakui akta ISA tu zalim. Maknanya tak mustahil 2 akta yang akan digubal menggantikan akta ISA akan jadi lebih zalim dari akta ISA.
Sebelum tu Malaysiakini ada melapurkan Pak Samad Ismail, Sasterawan Negara ada komen:
"Selama 54 tahun tidak terfikir ISA harus dihakis, tiba-tiba sahaja dapat ilham dan (mereka) harus mengakui kelompok anak muda tidak tahan lagi (dengan ISA).Cenangau Daunkari
Beliau juga tidak terkejut berikutan keengganan kerajaan mengakui pemansuhan ISA itu disebabkan tekanan berterusan dari pelbagai pihak khususnya anak muda.
"Tidak pula diceritakan bahawasanya desakan itulah yang mendorongnya untuk berubah. Kalau tidak ada desakan, saya tidak fikir ia akan mansuh kerana ISA sangat mujarab untuk menekan," katanya. Mkini.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis