Negara demokrasi terbaik kepala bapak apa macam ni... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 19, 2011

Negara demokrasi terbaik kepala bapak apa macam ni...

Bernama melaporkan:  
PEKAN 18 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia.

Najib berkata, langkah tersebut dilihat dapat dilaksanakan kerana kejayaan pembangunan negara, sikap rakyat yang semakin matang serta peningkatan kesedaran masyarakat terhadap hak asasi manusia.

"Ini bukan desakan mana-mana pihak tetapi jasa dan budi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah diperjuangkan selama ini," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini, hari ini. - Bernama.     
Memang betul macam yang Najib kata tu, selagi ada undang-undang macam ISA tu melaysia takkan jadi negara demokrasi terbaik malah Malaysia yang selama ni ada undang-undang yang zalim macam ISA memang tak layak langsung untuk mengaku sebagai negara demokrasi.
 
Mana boleh nak mengaku negara demokrasi kalau rakyat sewenang-wenangannya ditahan tanpa bicara. Tambah-tambah lagi la yang di tangkap tu ahli politik pembangkang.

Cumanya, kalau takat hapuskan undang-undang ISA langsung tak menjamin Malaysia boleh jadi degara demokrasi terbaik di dunia, tambah pulak kalau 2 undang-undang baru yang katanya akan menggantikan ISA tu masih ada roh ISA.

Yang lebih penting lagi, untuk jadi negara demokrasi yang terbaik di dunia, kerajaan kena ujudkan demokrasi yang betul-betul adil, tak macam sekarang ni macam orang lawan bola tapi kaki lawan diikat.

Macam Dr. Hatta kata dalam program Jabatan Pilihanraya PAS Pusat semalam. PAS dan pakatan rakyat takdan atau tak sempat nak lawan dengan Umno BN. Masa habih nak lawan SPR dan jugak jentera kerajaan lain macam JPN, polis, kementerian penerangan dan hampir semua organ kerajaan. Termasuk habih masa buat demo desak hapuskan undang-undang zalim macam ISA tu.

Sikit sangat masa yang tinggal yang untuk PAS dan Pakatan Rakyat guna betul-betul lawan Umno BN.

Macam yang selalu Mahfuz kata dalam ceramah dia "demokrasi kepala bapak apa macam tu."

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...