SHAH ALAM – Seramai 80 ahli Pemuda Pas dipilih sebagai calon parti pada pilihan raya umum akan datang.Masa PRU12 lepas, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen dan 232 kerusi Dun. Maknanya PAS bertanding 298 kerusi.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas, Sani Hamzan berkata, kesemua nama itu, diserahkan kepada Pengarah Pilihanr Raya Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.
“Sebelum pemilihan akhir, nama-nama ini akan melalui mesyuarat Pemuda Pas, Jawatankuasa Pas Pusat dan keputusan akhir oleh Majlis Syura Ulama,” katanya.
Sani berkata, keputusan masih boleh berubah bergantung pada keadaan semasa.
“Kadang-kadang dua tiga hari sebelum penamaan calon, nama boleh bertukar, apa-apa pun ia akan ditentukan mengikut keadaan,” katanya kepada :Sinar Harian.
Ditanya senarai nama ini dicalonkan oleh siapa, Sani menjelaskan, nama ini diperolehi dari Pas Kawasan, Cawangan dan Pemuda sendiri. - SH.
Macam aku tulis sebelum ni, dilaporkan:
PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mahu 40 peratus calon yang dipilih pucuk pimpinan parti nanti terdiri daripada golongan muda dan muka baru.Kalau cuma 80 ahli Pemuda PAS dipuilih untuk pilihanraya datang, kalau ikut jumpah kerusi yang PAS bertanding masa PRU12, maknanya Pemuda PAS cuma akan bertanding 26.8% kerusi, jauh dari koata 40% yang Pemuda Pas minta sebelum ni.
“Dewan Pemuda konsisten dalam pendiriannya agar pucuk pimpinan memilih calon muda. Calon tersebut tak semestinya dari Dewan Pemuda. - Ibid.
Pemuda PAS kena letak tak kurang 119 keru baru boleh lepas koata 40% tu. taktau la pulak kalau ada lagi 39 calon dari kalangan orang muda yang bukan Ahli Dewan Pemuda.
Memang dah sampai masanya golongan muda dibagi lebih ruang untuk jadi calon. Lagi pun, macam aku tulis sebelum ni, dalam daftar pemilih mana-mana bahagian pilihanraya memang ada tak kurang 40% pengundi muda di bawah 40 tahun. memang sesuai sangat koata 40% yang Dewan Pemuda mintak tu.
Aku taktau macamana boleh jadi cuma 80 calon ahli pemuda saja. Sama ada Lajnah Politik cuma bagi setakat tu saja atau mungkin jugak Dewan Pemuda cuma ada calon setakat tu saja.
Soal calon ni sebenarnya lebih bergantung kepada peringkat PAS Kawasan-kawasan. Lebih 90% soal pemilihan calon ni ditentukan di peringkat kawasan. Kalau di peringkat kawasan tak bagi ruang untuk calon muda, takkan kut peringkat pusat nak berani pandai-pandai.
Satu nasihat aku kepada pemimpin veteran PAS di peringkat Kawasan-kawasan, kalau antara blog, facebook dan tweeter pun tak boleh nak beza, tak payah la terhegeh-hegeh lagi nak bertanding pilihanraya, dah bukan zaman dia dah.
Apa pun yang penting sekali PAS jugak kena gunakan kreteria 'winnable candidate' sebagai kreteria utama untuk pilih calon disamping tak abaikan kreteria wajib sebagai calon PAS. Kalau untuk 'agenda' lain, kita buat lain kali, selepas Umno BN tumbang nanti.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis