PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mahu 40 peratus calon yang dipilih pucuk pimpinan parti nanti terdiri daripada golongan muda dan muka baru.Aku setuju sangat dengan desakan Dewan Pemuda ni. Kalau ikut pecahan dalam daftar pemilih pun pengundi muda ada lebih 40%.
“Dewan Pemuda konsisten dalam pendiriannya agar pucuk pimpinan memilih calon muda. Calon tersebut tak semestinya dari Dewan Pemuda.
“Dia boleh dipilih dari peringkat mana sekali pun dan dari dewan mana sekali pun,” kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang turut menegaskan faktor calon boleh menang ketika dihubungi FMT.
Beliau turut menyatakan bahawa barisan Pemuda PAS sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.
“Kita sudah bersedia dari segi fizikal, mental, teknikal dan taktikal dan telah pun mengambil selekoh terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum,” jelas Nasrudin.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan gerak kerja dan transisi yang dibuat kerana ia tidak boleh didedahkan kepada umum. - FMT.
Aku tak pasti peratus sebenar untuk seluruh Malaysia tapi untuk Perak setakat yang aku ada, pengundi 40 tahun ke bawah ada 47.76 peratus. Jadinya sedang elok la Dewan pemuda mintak koata 40% tu.
Lagi pun, sasaran kita sekarang adalah pengundi muda. Pasai tu la PAS cukup tekankan bab nak mendaftarkan pengundi baru dari kalangan orang muda.
Pengundi veteran hampir semua dah ada pilihan masing-masing tak kira samada sokong kerajaan atau pembangkang. Sikit sangat kalau nak berubah pun.
Pengundi bawah 40% ni majoritinya jenis tak berparti jadinya depa-depa ni tak terkesan dengan doktrin parti. Depa tak terikat dengan politik sentimen melayu yang Umno bawa dan depa jugak tak terikat dengan politik wala' yang PAS bawa.
Depa-depa ni mungkin mudah nak terpikat dengan politik popular yang PKR bawa sebelum ni tapi aku rasa depa pun dah fed-up stail politik PKR terkini yang nampak lebih kurang sama macam cara politik Umno.
Kalau PAS kemukakan lebih ramai calon muda, aku yakin faktor calon saja pun boleh tarik sehingga 5% undi baru dari kalangan pengundi muda. Kalau kena dengan cara dan calonnya mungkin boleh sapat sampai 10%.
Calon dari kalangan orang muda ni lebih mudah nak mendekati pengundi muda. Depa lebih faham citarasa golongan muda dan lebih mudah untuk menyesuaikan diri.
Tambah-tambah pulak calon veteran yang dah berkali-kali bertanding tapi tak pernah menang. Aku harap golongan ni undur diri dan bagi peluang kepada calon muda pulak untuk diketengahkan sebagai calon. Kalau orang sembang pasai portal, blog, facebook dan tweeter pun tak faham elok sangat la berundur, memang dah sampai masa dah.
Tapi kalau yang muda pun bermentaliti macam orang tua, watak macam orang tua, berfikir macam orang tua dan buat kerja pun macam orang tua, elok la dikekalkan yang tua. Paling kurang pun depa ada banyak pengalaman. Sekurang-kurangnya depa banyak pengalaman sebagai
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis