KUALA LUMPUR 12 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang komen berhubung rakaman perbualan telefon berunsur seks di laman YouTube yang didakwa suaranya dengan seorang wanita.Mat Sabu sekarang cukup popular, kalau ada mana-mana badan yang buat survey tentu punya nama Mat Sabu yang paling atas sekali. Populariti Mat Sabu sekarang ni kalah artis kontroversi.
"No komen," katanya kepada sekumpulan wartawan yang hadir pada jamuan hari raya anjuran Pas Pusat di Taman Melewar petang semalam seperti dipetik di http://www.agendadaily.com. hari ini.
Menurut portal berita AgendaDaily itu, Mohamad atau Mat Sabu menyebut perkataan tiada komen sebanyak tiga kali apabila wartawan bertanya kepadanya tentang isu tersebut.
Soalan pertama yang ditanya ialah sama ada beliau sudah mendengar rakaman itu dan dijawabnya tiada komen.
Beliau juga menjawab tiada komen apabila ditanya sama ada mahu menafikan suara di dalam rakaman itu atau sebaliknya.
Sekali lagi Mat Sabu berkata tiada komen ketika ditanya mahu menyaman pihak yang menyiarkan rakaman itu.
Portal berita tersebut mendakwa, nadanya agak serius apabila menjawab soalan yang ketiga itu. - Utusan.
Cara jawab soalan wartawan pun dah macam artis popular yang diselubungi kontroversi, "no komen." Mungkin yang tanya tu wartawan hiburan Melodi kot.
Yang wartawan ni pun, sabar-sabar la sama, panas isu Mat Indera pun tak habih lagi. Takkan wartawan pun dah perasan kut yang isu Mat Indera tu tak menguntungkan Umno, pasai tu la kut depa cuba panaskan isu lain pulak.
Yang wartawan BANGANG tu pun satu, ada ka patut dalam masjis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri sibuk nak buka cerita pasai seks, isu lucah. Hormat la sikit. Padan la pun kalau Mat Sabu bengang.
Apa pun, elok jugak Mat Sabu jawab macam tu daripada jawab semberono ikut sedap mulut. Mat Sabu tak perlu jadi ahli politik gila glamour, yang kemaruk publisiti, yang pantang wartawan hulur mikrofon semua isu dia nak ulas.
Mat Sabu kena angkat sikit status dia sebagai Timbalan Presiden PAS. Tak payah layan sangat soalan wartawan yang suka tahan merata jalan. Kalau nak buat statement dengan wartawan boleh buat Sidang Media, lagi proper dan tersusun. Kalau nak buat skrip pun boleh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis