ALOR SETAR: Anggota keluarga perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, hari ini menggesa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, memohon maaf secara terbuka kepada mereka berhubung kenyataannya mengenai Bapa Kemerdekaan itu.Sebelum ni Harakahdaily melaporkan:
Anak saudara Tunku, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya, berkata tindakan pemimpin PAS itu mempertikaikan perjuangan Tunku Abdul Rahman dalam sejarah kemerdekaan negara mengguris hati seluruh anggota keluarga Almarhum.
"Mat Sabu (Mohamad) tidak perlu mempertikaikan hasil usaha Tunku Abdul Rahman kerana dia sepatutnya bersyukur dapat tinggal di negara yang aman ini dan jangan cuba ubah fakta dan putar belitkan sejarah negara ini," katanya pada sidang media, di sini hari ini. - Bharian.
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Keluarga Mat Indera mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana bersusah payah membersihkan nama allahyarham.Nasib baik keluarga aku memang penyokong PAS sejak dulu lagi dan setakat ni takdak ahli keluarga terdekat aku yang menyokong Umno. Jadinya aku takdak masalah sangat nak belasah Umno tara mana pun. Tak payah nak berlapik langsung pun takpa.
Adiknya, Johan Shah menyatakan demikian di dalam sistem mesej singkat (SMS) kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang bertemunya dan keluarga terdekat Mat Indera di Muar, pagi tadi.
Ini adalah mesej adik Mat Indera kepada Mohamad Sabu yang dihantar pula Timbalan Presiden PAS itu kepada media.
"Assalamualikum... kami bagi pehak keluarga allahyarham Mat Indra mengucapkan berbanyak T Kaseh kpd semua ajk pusat Pas kerana bersusah payah utk membersehkan nama abang saya yang selama ini amat saya tuggu2kan. semoga Allah memberikan segakla kemudahan amin.. Hidup Pas" - Hrkh.
Tok nenek aku sebelum merdeka dulu pun takdak yang jadi askar atau polis British. Jadinya aku takdak masalah ada ahli keluarga yang terasa hati kalau aku kata semua yang jadi askar dan polis masa sebelum tu semuanya pengkhianat bangsa.
Lepas merdeka pun takdak ahli keluarga aku yang jadi askar atau polis. Yang ada pun cuma jadi Tentera Laut. Tentera laut memang sah takdak lawan komunis. Jadinya aku takdak masalah kalau nak mengiktiraf perjuangan komunis pun, takdak yang nak terasa hati. Kalau ada yang marah pun mungkin yang tak faham beza antara komunis dengan athies. Yang tu takdak masalah, boleh sembang pelan-pelan.
Tapi bila difikir balik, apa masalah sangat nak jaga hati ahli keluarga ni. Kalau dah tak betul tu tak betul laa. Ayah Nabi Ibrahim sendiri yang kerja dia buat patung berhala memang terasa hati dengan tindakan anak dia. Nabi Muhammad pulak ditentang oleh pak menakan dia sampai tahap berperang lagi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis