Keputusan pilihanraya olok-olok hanya andaian | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Ogos 03, 2011

Keputusan pilihanraya olok-olok hanya andaian

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMUR, 2 Ogos — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menafikan pihaknya pernah mengendalikan pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Anda kena tanya dari mana mereka dapat laporan itu, sumber-sumber dan oleh kerana kami tidak mengadakan sebarang pilihan raya olok-olok ... ini bukan daripada sumber-sumber Umno, saya boleh memberitahu anda dengan segera bahawa ini bukan daripada ... kami tidak mengadakan sebarang pilihan raya olok-olok,” kata beliau kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Menurut laporan Astro Awani hari ini, Zambry (gambar) berkata laporan yang dibawa oleh The Malaysian Insider semalam hanya satu andaian.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, Barisan Nasional (BN) Perak sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan sedang melakukan pelbagai usaha progresif untuk memastikan perikatan itu menguasai negeri.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 27 Meri lalu memutuskan mengadakan simulasi pilihan raya olok-olok mengikut bahagian parti pada bulan Julai. - TMI.
Semalam aku tulis panjang jugak berkenaan serita BN akan kalah di Perak ni. Rupa-rupanya berita tu hanya andaian semata-mata kata MB 'mahkamah' Perak Dr. Zambry 'Eee' Abdul Kadir, tu pun kalau cakap Zambry Eee ni boleh pakai.

Sebenarnya aku pun takdak dengar umno kat belah Parit Buntar ni ada buat pilihanraya olok-olok. Taktau la pulak kalau depa buat senyap-senyap. Lagi pun bulan Julai semua orang sibuk dengan himpunan BERSIH2.0, mungkin jugak aku terlepas pandang, terlepas dengar.

Mungkin jugak kut, Zambry Eee yang tak berani lagi nak buat pilihanraya olok-olok macam yang Umno Pusat arahkan tu. Pasai dia pun sedar, kalau dia buat pilihanraya olok-olok dan dapat keputusan teruk, jatuh laagi la reputasi dia.

Dah la reputasi dia tak elok tara mana pun. Selalu sangat keputusan yang dia buat dipintas oleh geng G7 yang gunakan kabel pusat. Selalu sangat puak-puak yang setia dengan Zambry ni makan hati dengan karenah puak-puak G7.

Di Parit Buntar ni pun naik kesian jugak aku tengok puak-puak Umno ni, berkelahi tak habih-habih. Tapi elok jugak depa berkelahi, kalau depa tak berkelahi sesama depa jangan harap la PAS nak boleh menang pilihanraya. Nak harap kekuatan PAS, 10 tahun lagi pun belum tentu boleh lawan kuat Umno.

Nasib baik la Umno berkelahi sesama depa dan tiba-tiba pulak orang cina takmau dengan BN, pasai tu la boleh menang PRU12 dulu. PRU13 ni ada peluang nak menang lagi ka dak aku taktau, tapi kalau tengok suasana nampak macam sejarah 2004 nak berulang semula.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...