KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Jangan terkejut jika bukan Mismah sahaja yang statusnya penduduk tetap disebelah pagi bertukar menjadi warganegara sebelah petang, malah pertukaran serupa turut melibatkan ramai lagi.Aku dah agak dah, tentu punya bukan Mismah sorang ja yang 'tiba-tiba jadi warganegara', dan memang terbukti ramai. Setakat yang PAS Wilayah saja jumpa ada lagi 52 orang lain.
Selepas heboh laporan menceritakan "kecekapan luar biasa" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar taraf kewarganegaraan Mismah dalam masa empat jam, 52 lagi kes serupa ditemui PAS Titiwangsa.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Timbalan Yang Dipertua PAS Titiwangsa Khairul Anuar Manap mendedahkan perkara itu dikesan kira-kira jam 2.30 petang.
Menurutnya, kira- kira jam 9.15 pagi tadi, petugas IT PAS Wilayah Persekutuan dan Titiwangsa berjaya mengesan 52 orang pemilih yang berstatus penduduk tetap di dalam Rang Daftar Pemilih suku ke-2 bagi tahun 2011.
Kemudiannya senarai tersebut dikeluarkan dan disemak di dalam sistem semakan MyKad dan MyPR Jabatan Pendaftaran Negara di alamat http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan mendapati kesemua 52 orang tersebut berstatus Permastautin Tetap atau PR.
Senarai status penduduk tetap yang di kesan itu ialah, 28 nama di parlimen Titiwangsa, Segambut (5), Batu (8), Wangsa Maju (4), Bandar Tun Razak (1), dan Lembah pantai (6). - Hrkh.
Persoalannya adakah setakat tu saja. Aku yakin ada ramai lagi. PAS Wilayah aku rasa cuma semak untuk pengundi baru yang didaftarkan di Wilayah Persekutuan saja. Aku yakin lagi banyak ada di negeri Selangor yang Najib sebelum ni arahkan Umno buat apa saja untuk rampas balik. Di negeri-negeri lain pun tak mustahil ada banyak jugak kes macam tu.
Untuk negeri Perak ada 74 pengundi baru dengan kod 71. Tak larat aku nak semak semua tapi setakat yang aku semak secara rambang takdak yang status PR, ataupun mungkin jugak depa semua tu dah dapat 'warganeraga' macam Mismah dan Rita jugak.
Harus diingat, selain dari kod 71 yang menunjukkan lahir di luar negara, ada lagi kod-kod lain yang khas untuk negara-negara tertentu macam yang ditulis dalam web JPN. Aku ringkaskan senarai kod tu kat bawah ni.
Kod | Negara |
60 | Brunei |
61 | Indonesia |
62 | Cambodia, Kampuchea |
63 | Laos |
64 | Myanmar |
65 | Filipina |
66 | Singapura |
67 | Thailand |
68 | Vietnam |
74 | China |
75 | India |
76 | Pakistan |
77 | Arab Saudi |
78 | Sri Lanka |
79 | Bangladesh |
83 | Australia, American Samoa, Macedonia, New Zealand, New Caledonia, Papua New Gurney, Fiji, Timor Leste, |
84 | Argentina, Anguilla, Aruba, Bolivia, Brazil, Paraguay, Peru, Chile, Colombia, Equador, Uruguay, Venezuela, |
85 | Mozambique, Burundi, Nigeria, Namibia, Cameroon, Chad, Rwanda, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Djibouti, Sudan, Egypt, Ethopia, Swaziland, Eritrea, Gambia, Ghana, Tunisia, Tanzania, Tonga, Togo, Uganda, Zaire, Zambia, Zimbabwe, |
86 | Austria, Luxembourg, Armenia, Malta, Monaco, Belgium, Nitherlands, Norway, Cyprus, Portugal, Denmark, Sweeden, Spain, Switzerland, France, Finland, Slovakia, Slovenia, Greece, Germany, Holy See (Vatican City), Italy, |
87 | Britain, Ireland |
88 | Jordan, Kuwait, Lebanon, Bahrain, Oman, Qatar, Syria, Turkey, United Arab Emirate, Iran, Iraq, Israel, Yemen, |
89 | Japan, Korea Selatan, Korea Utara, Taiwan, |
90 | Jamaica, Bahamas, Barbados, Belize, Mexico, Nicaragua, Panama, Puerto Rico, Costa Rica, Cuba, Dominica, El Salvador, Grenada, Guatemala, Trinidad&Tobado, Haiti, Honduras, |
91 | Canada, Greenland, United State |
92 | Albania, Albania, Latvia, Lithuania, Bulgaria, Byelorussia, Bosnia, Belarus, Poland, Romania, Russia, Czechoslovakia, Crotia, Esthonia, Serbia, Georgia, Hungary, Ukraine, |
93 | Afghanistan, Antigua & Barbuda, Kazakhstan, Andorra/Andora, Libya, Arzebaijan, Antartica, Maldives, Madagascar, Mauritius, Mongolia, Benin, Maghribi, Bhutan, Macau, Nepal, Bermuda, Burkina faso/Burkina, Bora-bora, Bouvet Island, Palestine, Cape Verde, Comoros, Seychelles, Soloman Islands, Samoa, San Marino, Guinea, Gibraltar, Tajikistan, Tukmenistan, Hong Kong, Uzbekistan, Ivory Coast, Vanuatu, Iceland, Yugoslavia, |
Yang kod 71 pun dah tak larat nak semak, tambah lagi 26 kod, mampuih kalau nak semak satu-satu dalam web JPN tu.
Kalau ada yang rajin semak, tolong tengok-tengok jugak kalau ada yang pakai kod 88 dan 99. Kod 88 tu untuk tentera manakala kod 99 untuk polis, mana la tau...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis