BN kalah, PAS confirm boleh ganti Umno di Perak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 02, 2011

BN kalah, PAS confirm boleh ganti Umno di Perak?

MalaysianInsider antara lain melaporkan:
KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi. - TMI.
Kira ok la tu. Nampak gayanya ada peluang lagi la Hj Nizar nak jadi Menteri Besar balik, tu pun kalau dia bertanding kat tempat lain. Kalau ikut khabar angin yang aku dengar kerusi Pasir Panjang dah macam telur di hujung tanduk. Kalau Hj Nizar bertanding lagi kat situ, depa kata hampir pasti Hj Nizar akan kalah pasai undi POS.

Kalau ikut khabar angin yang aku dapat tu lagi best, BN cuma boleh menang 24 kerusi. Maknanya hampir pasti dah Perak akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat semula.

Pasai tu kut, aku tengok jentera PAS di Perak ni nampak macam masih mandom, macam tak bersemangat nak pilihanraya ja pun. Nak semangat sangat buat apa, menang dah dalam tangan.

Tempoh semakan dan bantahan untuk Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua tahun 2011 yang berakhir hari ni pun, aku rasa tak banyak kawasan yang buat bantahan, silap-silap takdak langsung. Nak sibuk-sibuk buat bantahan apanya kalau dah hampir confirm kita menang PRU13 nanti, buat habih duit nak bayar yuran bantahan saja. Baik simpan duit tu untuk buat beli bendera, baru meriah pilihanraya.

Lagipun, aku tengok dalam rang terbaru ni, cuma ada 3 nama saja pengundi baru yang kod kad pengenalan '71'. Tak macam kat Selangor, banyak nama yang depa kena bantah.

Aku yakin ramai orang PAS yang baca laporan Malaysian Insider tu senyum sendiri, dah terbayang boleh pegang balik jawatan Ahli Majlis atau jawatan Ketua Kampung, paling koman pun boleh jadi JKKK ganti orang Umno.

Kepada ahli dan penyokong PAS, aku harap jangan seronok sangat, pasainya laporan Malaysian Insidet tu juga menyebut:
Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat. - Ibid.

Kalau Umno boleh menang 27 kerusi maknanya Umno menang sama banyak kerusi macam PRU12 lepas yang membawa maksud PAS jugak mungkin menang sama banayk kerusi macam PRU12 jugak, 6 kerusi. Tu pun belum tentu kerusi yang menang masa PRU12 boleh menang balik.

Jadinya, kepada semua jentera PAS, aku nak nasihat boleh la mula praktis bagi tebal muka, bagi tebal telinga nak tahan orang Umno sindir lagi pasainya yang menang DAP, PAS cuma tumpang saja. Tu pun kalau betul la boleh perintah balik Perak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...