Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam, sebenarnya tidak benar.Betul atau tak betul penjelasan dari JPN berkaitan isu warganegara Mismah tu bukan lagi persoalan yang penting pasainya semakin ramai yang dah semakin tak percaya kepada jabatan kerajaan termasuk JPN yang dilihat seolah-seolah bersekongkol dengan SPR untuk jadi 'si anjing Umno'.
Ketua pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.
“Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. - Mkini.
Aku sendiri 'tpbat lahum' tak percaya dengan penjelasan JPN tu. Pasainya, kita takdak kaedah atau cara untuk pastikan apa yang pengarah JPN kata tu betul atau tipu. JPN berkuasa penuh dengan database depa dan kalaupun penjelasan tu semata-mata tipu, JPN memang boleh kalau nak buat bukti.
Kalau pun JPN boleh keluarkan video pengakuan dari Mismah sendiri, aku tetap tak percaya. Boleh saja Mismah diugut untuk bercakap menggunakan skrip yang JPN sendiri bagi.
Macam satu frasa yang polular sedikit masa dulu, "kita bukan saja kena bersih tapi mesti dilihat bersih". Macsm tu jugak JPN, bukan saja kena telus tapi mesti dilihat telus.
Isu 'warganegara Mismah' ni sebenarnya tambahan bukti kerja-kerja kotor 'si anjing Umno' dalam JPN untuk memenangkan Umno BN semenjak isu MyKad di Sabah lama dulu.
Realitinya, dalam isu skandal "Mismah Gate" ni, JPN benar-benar dilihat telus, telus dalam bersekongkol dengan SPR untuk mengujudkan 'pengundi hantu'.
JPN benar-benar Amanah, Cekap dan Mesra kepada Umno BN.
Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis