Ada ka yang sangsi dengan keikhlasan Najib? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Ogos 22, 2011

Ada ka yang sangsi dengan keikhlasan Najib?

Malaysiakini melaporkan:
Penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) merupakan komitmen oleh kerajaan untuk menjadikan sistem pilihan raya negara lebih baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya harap inisiatif kami mengenai jawatankuasa tersebut menunjukkan keikhlasan kami. Ini tidak bermakna kami percaya wujud manipulasi dalam sistem itu tetapi kami mahu menambahbaik lagi sistem itu.

"Jangan sangsi dengan keikhlasan kami," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia yang kedua di Bandar Tun Razak di ibunegara hari ini.

Najib berkata demikian ketika mengulas dakwaan beberapa pihak tertentu bahawa JTP adalah tidak bermakna sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan tanpa melakukan reformasi sistem pilihanraya.

"Tarik pilihanraya adalah prerogatif kami tetapi kami komited untuk penambahbaikan sistem pilihanraya," katanya. - Mkini.  
Terus terang aku nak bagitau yang aku memang tak sangsi dengan keikhlasan Najib termasuk la cadangan BANGANG dia ni. Cadangan dia tu tak berapa nak bangang tapi cara dia cadangkan tu yang BANGANG.

Aku cukup tak faham kalau ada lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang masih lagi sangsi dengan Presiden Umno merangkap Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri Malaysia merangkap bini suami Rosmah ni.

Aku langsung tak sangsi pasai aku yakin penuh memang Najib ni jenih tak boleh pakai. Tak kira la macamana baik pun cadangan dia ni, tapi selagi dia jadi Presiden Umno aku langsung tak percaya dia ikhlas terutama dalam hal yang melibatkan kuasa dia.

Tambah-tambah lagi la yang melibatkan SPR, salah satu talian hayat dia yang terpenting dalam pilihanraya. Tak logik langsung dia ikhlas nak kurangkan peluang dia untuk jadi PM lagi lepas PRU13 nanti.

Lagi satu, aku harap takdak pemimpin Pakatan Rakyat yang sangsi dengan kuasa rakyat. Tak payah la susah-susah kepala otak nak fikir kaedah lain untuk lawan Umno BN.

Kaedah lain tu belum tentu lagi boleh berjaya, tapi kaedah himpunan BERSIH ni memang dah terbukti berkesan. Yakinlah tanpa sangsi, dengan himpunan yang lebih besar untuk BERSIH 3.0 nanti kesan dia akan jadi lebih besar dan Umno BN mesti tumbang punya. Kalau bukan masa PRU13 tapi akan tumbang jugak tak lama selepas tu dengan kuasa rakyat

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...