"Saya dah kata dan saya ulang sekali lagi, saya dan anggota-anggota kabinet tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan daripada rakyat. Kami hanya akan tubuh kerajaan sekiranya terbukti rakyat benar-benar memilih kerajaan Barisan Nasional.Maka banyak la yang komen, ada yang prejudis, ada yang bangkang terus dan tak kurang jugak yang sokong membabi-buta.
"Inilah yang saya nak sampaikan bahawa jangan ada sesiapa yang salah anggap bahawa kita tidak menginginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan," katanya. - mStar.
Tak semena-mena Malaysiakini melaporkan:
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya. - Mkini.Kesian orang Umno ada PM yang bangang sampai macam ni. Patutnya sebagai Perdana Menteri kena la cerdik sikit.
Tak faham sungguh aku, apa ada dalam kepala otak Najib bila dia buat cadangan tu. Takkan kut dia anggap semua rakyat Malaysia sama macam sebahagian besar ahli Umno yang terima bulat-bulat apa yang pemimpin depa kata. Langsung tak fikir.
Untuk apa Najib cadangkan ditubuh jawatankuasa terpilih tu kalau dia sendiri kemudian bagitau dia pun tak tentu lagi nak ikut ka dak keputusan jawatankuasa tu. Tak ka bangang mananya tu. Lain la kalau jawatankuasa tu orang lain yang cadangkan. Kalau Pakatan Rakyat yang cadangkan boleh terima la jugak kalau Najib kata macam tu.
Lagi satu, aku mushkil jugak, bila Harakahdaily boleh bubuh tajuk "PAS kesal kenyataan PM, mungkin tarik diri." untuk satu artikel dalam Harakahsaily. Tajuk tu macam nak bagitau yang PAS macam masih lagi teragak-agak nak sokong ka dak penubuhan jawatankuasa tu.
Nasib baik la isi laporan tu tak menggambarkan tajuk. Aku cukup Ust Tuan Ibrahim punya komen terutama sekali bila dia dilaporkan berkata:
Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga katanya akan mempercepatkan bantahan rakyat, jesteru menyemarakan semangat untuk himpunan Bersih 3.0 diadakan. - Hrkh.Apa pun, aku cukup setuju dengan Manjongmari, aku harap pimpinan Pakatan Rakyat terutama sekali pemimpin PAS jangan buang masa la layan kebangangan Najib ni. Puak-puak bermazhab Umno BN ni bukan faham kalau kita cakap banyak-banyak pun. Depa cuma akan faham tuntutan kita bila ratusan ribu rakyat berhimpun sokong tuntutan tu.
Memang sesuai sangat kalau kita lancarkan Himpunan BERSIH 3.0 dalam masa terdekat ni. Kalau Ambiga tak setuju, suruh orang lain pulak yang ketuai BERSIH 3.0.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis