Ogos : Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Syawal, seharusnya golongan yang kurang bernasib baik tidak dipinggirkan.Sebelum ni PAS Parit Buntar dah pun buat 2 program sumbangan, untuk Masjid dan juga surau di dalam kawasan Parlimen Parit Buntar. Memang tak banyak yang PAS bagi, cuma RM200 untuk Masjid dan RM100 untuk surau. Boleh la setakat untuk beli buah kurma untuk jamuan masa moreh buka puasa di Masjid dan surau. Tu pun jumlah keseluruhannya dah RM17,200. Tu tak masuk lagi sumbangan kepada pegawai masjid.
Sehubungan itu, PAS Parit Buntar tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan pesakit yang menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.
Menurut Setiausaha Jawatankusa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak, sumbangan itu diagihkan kepada pesakit sempena Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi.
"Program sumbangan ini diadakan setiap kali bulan Ramadhan. Sumbangan diagih-agihkan kepada 40 pesakit wad dewasa dan kanak-kanak ” Katanya
Rombongan PAS Kawasan bersama Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa bersama isteri, Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin dan ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari telah disambut meriah oleh kakitangan hospital yang sudah sedia menunggu. - PASPB.
Kalau ikut jumlah dibagi tu memang jauh dari yang pemimpin Umno sampaikan. Katanya Umno bagi RM500 untuk setiap Masjid. Macam yang Dr. Mujahid kata, kira ok la tu, kalau campur 2 sumbangan tu setiap masjid dapat RM700.
Cumanya, sebelum ni selama Umno memang tak pernah pun bagi tapi bila PAS mula bagi depa pun ikut bagi jugak tapi dengan jumlah yang lebih banyak. Konon nak lawan la tu. Tapi satu benda yang pasti, Umno bagi tu guna duit dari kerajaan negeri melalui Majlis Agama tapi PAS bagi hasil sumbangan orang ramai yang yakin dengan PAS.
Satu lagi program, sumbangan untuk fakir miskin dan guru yang mengajar Al-Quran. Untuk 2 sumbangan ni kita belanjakan lebih RM30,000. Lepas ni, akan ada lagi program sumbangan untuk anak yatim dan guru-guru PASTI sekali dengan program bukak puasa.
Kalau ikut bajeknya, projek sumbangan sempena ramadhan tahun ni melibatkan kos RM82,000.00 macam ayang aku dah pernah bentangkan sebelum ni kat sini. Semua tu hasil sumbangan orang ramai yang yakin dengan ketelusan PAS. Depa yakin semua sumbangan depa tu sampai ke tangan golongan yang disasarkan.
Memang pun, kalau tengok, hampir semua sumbangan tu sampai kepada golongan veteran atau yang dipanggil X kecuali yang untuk anak-anak yatim, Tapi anak yatim ni lambat lagi nak boleh mengundi. Tak banyak kesannya sebenarnya kalau untuk menarik undi baru.
Walaupun Pemuda pun ada buat program sumbangan macam ni khas untuk golongan muda yang dhaif tapi banyak berapa orang sangat yang Pemuda boleh bagi dengan kemampuan dana yang sangat-sangat terhad.
Apa pun, program macam ni sangat bertepatan dengan konsep Negara Berkebajikan yang PAS perjuangkan. Yang positifnya, walaupun Perak tak lagi dalan tangan Pakatan Rakyat tapi PAS Parit Buntar dengan sokongan ramai penderma yang budiman, masih berupaya bagi sumbangan macam masa Pakatan Rakyat perintah Perak dulu, malah dengan jumlah yang lebih lagi.
PAS Parit Buntar sangat-sangat berterima kasih kepada semua pengumbang yang bagi kepercayaan kepada PAS Parit Buntar untuk tolong sampaikan sumbangan yang depa bagi. Macam Dr. Mujahid kata "Ni bukan duit kami, kami tolong sampaikan saja..."
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis