Pemuda PAS patutnya lebih kemas dan tegas | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Ogos 22, 2011

Pemuda PAS patutnya lebih kemas dan tegas

Semalam Ketua Pemuda PAS Malaysia ada buat kenyataan media yang buat 3 tuntutan untuk SPR:
  • Yang di Pertuan Agong merombak Suruhanjaya Pilihanraya yang ada pada hari ini.
  • Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya meletakkan jawatan segera.
  • Merombak keseluruhan struktur Suruhanjaya ini dan membuat penstrukturan baru dengan penyertaan parti - parti politik yang bertanding serta pemerhati bebas dari peringkat nasional dan antarabangsa.
  • - ePerjuangan.
Cuma yang aku herannya pasai apa Ust Din Tantawi tulis:
Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar salah satu pilihan di atas dikenakan kepada SPR sebelum terlambat. - Ibid.
Pasai apa pulak nak suruh pilih salah satu? Patutnya Pemuda PAS Malaysia kena lebih kemas dalam membuat tuntutan dan kena lebih keras. Patutnya kena desak ketiga-tiga tuntutan tu dibuat.

Macamana kalau tiba-tiba Agong buat pengemuman Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tu diganti dengan orang lain, adakah Pemuda akan berpuas hati bila 2 tuntutan tu dilaksanakan berbanding permintaan Pemuda yang cuma suruh pilih salah satu?

Apa jaminan kalau Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR diganti dengan orang lain, keadaan akan jadi lebih elok?

Aku memang agak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR akan diganti dengan orang lain sebelum PRU13. Itu ja tindakan yang 'mampu' Putrajaya buat dalam usaha nak dapat balik keyakinan rakyat yang kerajaan memang 'ikhlas' nakkan pilihanraya yang bersih dan adil.

Aku yakin, macam yang pernah aku tulis sebelum ni, Putrajaya akan 'cadangkan' kepada Agong untuk lantik  orang yang depa agak boleh dapat sikit sebanyak kepercayaan awam tapi tentu punya dalam masa yang sama masih boleh di'kawal'. Maksudnya tak kira la sapa pun yang akan dilantik tapi yang tentunya orang tu takkan halang 'si anjing Umno' untuk memanipulasi daftar pemilih dan pilihanraya.

Macam yang aku tulis sebelum ni, aku harap pimpinan Pakatan Rakyat tak payah la layan karenah SPR. Tak payah la susah-susah nak tolong 'solekkan' SPR.

Aku harap sangat pimpinan Pakatan Rakyat gunakan kaedah tekanan melalui 'himpunan BERSIH' yang memang dah terbukti berjaya. Itu ja bahasa yang setakat ni Umno BN dengar.

Dah sampai masanya dilancarkan himpunan BERSIH 3.0.
Bagi kata dua, kalau tak buat sampai sekian-sekian masa kami akan teruskan dengan himpunan BERSIH 3.0 pada sekian-sekian haribulan.
   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...