Tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan.
"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.
"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis. - Mkini.
Aku cukup tak faham macamana blogger pencacai pandy kutty Umno boleh tuduh seorang Sasterawan Negara macam A. Samad Said boleh dipergunakan Pakatan Rakyat.
Tak logik langsung orang macam A. Samad Said sanggup dipergunakan sampai terpaksa berjalan berkaki ayam lepas capal dia hilang akibat lari dihambar gas pemedih mata yang polis tembak yang bukan setakat pedihkan mata tapi yang lebih teruk lagi menyesakkan nafas.
Kat bawah ni video ceramah A. Samad Said menceritakan pengalaman dia menyertai himpunan BERSIH 2.0.
Aku cabar orang-orang yang benci himpunan BERSIH 2.0 dengar sampai habis video clip ni terutama sekali yang suka komen dalam blog aku ni.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis