Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta yang mewakili kira-kira 5,000 doktor swasta di seluruh negara bergabung dengan pertubuhan perubatan yang lain menuntut pembebasan ahli parlimen Sungai Siput D Jeyakumar.Sebelum ni kita dikejutkan dengan keberanian 11 orang doktor yang berani mengecam tindakan pancut air kimia dan tembak gas sampai masuk ke kawasan hospital Thung Shin. Depa jugak berani jadi saksi bila polis menafikan ada buat macam tu.
"Kami amat prihatin dengan tahanan berterusan rakan kami, Dr. Jeyakumar Devaraj, yang kami iktiraf dan sahkan sebagai seorang doktor yang mematuhi undang-undang, cekap dan tekun.
"Rekod perkhidmatan awamnya cukup cemerlang dan sepanjang pengetahuan kami, beliau tentunya bukan ancaman kepada keselamatan negara ini,” kata persekutuan itu dalam satu kenyataan media hari ini.
Ia memetik Jeyakumar telah berkhidmat untuk tempoh yang lama dengan kerajaan dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat. tanpa mementingkan dirinya.
Doktor itu juga dipuji kerana kerja-kerja kebajikan dan sikap baik hati yang ditunjukkannya kepada semua di bawah jagaannya tanpa mengira bangsa dan agama.
"Kami, rayu perintah tahanan ke atas Dr Michael Jeyakumar ditarik,," petik kenyataan itu yang juga memohon pembebasan lima anggota Parti Sosialis Malaysia yang ditahan bersama.
Jeyakumar dan lima rakannya kini ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana didakwa terbabit dengan aktiviti haram bagi merancang perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan pilihan raya.
Sebelum ini, 176 pengamal perubatan lain juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama menuntut pembebasannya. - Mkini.
Aku dah merasakan yang BERSIH 2.0 berjaya bagi semangat kepada semua golongan termasuk golongan profesional untuk mula bersuara.
Kali ni lebih hebat lagi, kira-kira 5,000 orang doktor swasta pula berani bersuara tuntut supaya rakan sejawat depa dibebaskan dari tahanan.
Tak pernah lagi ada keberanian macam ni sebelum ni. Aku yakin depa ni mula berani bersuara bila tengok himpunan BERSIH 2.0 macamana rakyat dari pelbagai lapisan berani tunjukkan perasaan depa walaupun ditekan dengan cukup teruk oleh kerajaan.
Depa tengok sendiri macamana orang macam Sasterawan Negara A. Samad Said sanggup sampai berjalan berkaki ayam bersama himpunan BERSIH 2.0
Depa tengok sendiri macamana semangat Untie Annie Ooi yang sanggup basah kuyup ditembak dengan air kimia demi untuk pilihanraya yang bersih dan telus.
Depa tengok sendiri macamana keberanian orang muda yang terpaksa berdepan dengan FRU yang menghayun corta tanpa belas kasihan.
Aku harap sangat kerajaan tak tekan puak-puak doktor ni sampai tahap depa tak tahan sampai terpaksa ambil tindakan mogok macam yang biasa berlaku di negara-negara luar.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis