Muhyiddin kata pemimpin PAS ortodok pasai pilih kaedah kuno? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Julai 27, 2011

Muhyiddin kata pemimpin PAS ortodok pasai pilih kaedah kuno?

Bharian melaporkan:
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal dengan tindakan pemimpin PAS yang menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemikiran pemimpin PAS terlalu ortodok dan hanya berunsur politik apabila menjadikan isu berhubung pengunaan biometrik.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Projek Nurani: Sekolah Dalam Hospital di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, sebentar tadi. - Bharian.  
Senang-senang Muhyiddin kata pemimpin PAS bukan sekatat ortodok tapi terlalu ortodok hanya pasai tak setuju dengan cadangan SPR nak gunakan sistem boimetrik.

Aku rasa Muhyiddin kata pemimpin PAS ortodoks pasai tak setuju dengan cadangan penggunaan sistem biometrik yang didakwa paling canggih tapi masih jugak nak suruh SPR sistem celup jari guna dakwat kekal yang kuno.Muhyiddin langsung tak peduli apa hujjah pemimpin PAS tolak penggunaan sistem biometrik tu.

PAS bukan tolak penggunaan sistem biometrik tu pasai canggih. Canggih atau tak canggih tak penting tapi yang penting sistem yang SPR nak guna tu mesti telus dan tak terdedah kepada manipulasi.

Sistem biometrik tu sangat mudah dimanipulasi pasai sistem tu bergantung kepada database. Isu yang paling utama, PAS tak percaya yang SPR benar-benar telus dan adil dan dah tentu la PAS takkan percaya kepada database yang dikendalikan oleh SPR yang tak telus dan tak adil tu.

SPR dengan mudah boleh manipulasi database tu untuk bagi kelebihan kepada Umno pasai kuasa mutlak ada pada SPR dan SPR boleh buat apa saja termasuk ubah database tu dan PAS tentunya takkan dibagi kebenaran untuk pastikan database tu tak diubah.

Database syarikat besat termasuk database bank yang cukup kuat sistem keselamatan pun ada hanckers yang boleh ceroboh dan ubah, inikan pulak database yang SPR sendiri sediakan lagi mudah la kalau SPR nak ubah.

Berbanding dengan sistem celup jadi dengan dakwat kekal, sangat jelas dan telus. Sapa-sapa yang dah ada kesan dakwat kekal dijari maksudnya dia dah pun mengundi dan tak boleh mengundi lagi sekali walaupun nama pengundi yang dia kata nama dia tu memang sah belum mengundi. Sangat jelas dan telus.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 26 Julai: Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, begitu juga dengan pendaftaran pemilih secara automatik.

"Kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik," ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang. - Hrkh.
[Imej: Gambar hiasan cilok dari Greenbox]

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...