Kenyataan media tu dikeluarkan oleh sekretariat Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Dr. Hatta Ramli dari PAS, Liew Chin Tong dari DAP dan Hafizi Ramli dari PKR.
Kat bawah ni aku ringkaskan kenyataan media tu supaya mudah blogger Umno yang BANGANG tu faham.
- SPR mengakui keujudan pengundi hantu bila kata sistem biometrik tu boleh halang orang mengundi lebih sekali.
- Kos sistem biometrik tu menelan beratus juta sedangkan kerajaan kurangkan subsidi untuk mengurangkan perbelanjaan negara.
- Sistem biometrik menggunakan sistem komputer yang sangat mudah untuk dimanipulasikan.
- Kaedah perlaksanaan sistem tu berdasarkan pendekatan penggunaan kad pengenalan untuk layak mengundi, dikhuatiri ramai warga asing yang dibagi kad pengenalan semata-mata untuk mengundi.
- Sistem biometrik menghapuskan proses timbangtara yang selama ni dilakukan oleh polling agent parti. Polling agent takdak kuasa nak pantau database sistem tu.
- SPR wajib melaksanakan 8 tuntutan BERSIH 2.0 terutamanya penggunaan dakwat kekal yang lebih berkesan, murah, memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.
- Pengundi yang tiada tangan tidak boleh mengundi kerana tiada jari
- Pengundi kemungkinan akan ditangkap dan dicalitkan dakwat di jarinya , jadi tak boleh mengundi
- Pengundi akan ditangkap dan dipotong jari supaya tidak boleh mengundi
- Jika dakwat tumpah di pusat mengundi maka semua pengundi di pusat itu tidak boleh mengundi
- Dakwat kekal akan menyebabkan pengundi tidak boleh sembahyang
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis