Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu enggan mengulas kenyataan polis yang mendakwa beliau membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu.Betul tu bang Mat, tak payah dilayan sangat kenyataan BANGANG polis yang beraksi macam 'si anjing Umno' tu. Memang elok sangat saman terus di mahkamah. Biar orang ramai dapat ikuti perbicaraan kes tu. Biar orang ramai tengok sendiri macamana kalutnya nanti polis nak jawab tuduhan depa tu.
"Saya tidak mahu menjawab apa-apa... Tunggu kita saman di mahkamah," katanya melalui satu kiriman SMS lewat petang ini.
Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Mohamad menjawab: "Kena tanya peguam Hanipa Maidin".
Polis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, dilaporkan berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu. - Mkini.
Nak tunggu polis dakwa macam kenyataan pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman tu, tunggu sampai kucing bertanduk pun tak tentu lagi depa nak berani. Takat sembang modai air liur boleh laa...
Sebelum ni Malaysiakini melaporkan:
Polis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.Aku ingatkan blogger pencacai panddy kutty Umno ja yang bangang, tuduh Mat Sabu mengada-ngada naik kerusi roda nak tarik simpati. Rupa-rupanya ada jugak pegawai polis yang sama tahap pemikiran macam blogger pencacai Umno.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.
"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,” katanya.
Video berkenaan menunjuk sebuah Land Rover mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.
"Menurut siasatan kami, Mat Sabu cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Kami tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda. Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya,” katanya. - Mkini.
Sampai keluar gambar salinan x-ray yang nampak jelas rupa sekru pun tak percaya lagi aku taktau la. Takkan la Mat Sabu banggang sangat saja-saja nak suruh doktor bubuh sekru kat lutut dia kalau bukan dengan nasihat doktor.
Tak sangka sungguh aku, kalau takat polis yang selalu tunggu kat simpang tu ok la jugak kalau cakap macam tu, yang berjawatan pengarah pun ada jugak rupanya yang berfikiran tahap macam tu.
Agak-agak la nak tuduh pun, takkan la boleh percaya dakyah blogger Umno yang kata Mat Sabu saja mengada-mengada naik kerusi roda tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis