Harap jawatankuasa BERSIH tolong sambut permintaan Suhakam ni. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Julai 23, 2011

Harap jawatankuasa BERSIH tolong sambut permintaan Suhakam ni.

Malaysiakini melaporkan:
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta orang awam menyerahkan bukti dan maklumat berhubung dakwaan, antaranya, penggunaan kekerasan yang melampau oleh pihak berkuasa sebelum dan semasa perhimpunan 9 Julai.

Ia ekoran keputusan suruhanjaya itu untuk mengadakan Siasatan Awam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan tersebut.

Panel siasatan akan dipengerusikan oleh naib pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Tarikh akhir untuk mereka berbuat demikian ialah 2 Ogos 2011. Untuk pertanyaan dan penyerahan awam, orang awam boleh menghubungi Ameer Izyanif Hamzah atau Encik Shahizad Sulaiman di Suhakam, Aras 13, Menara TH Perdana, 50250 Jalan Sultan Ismail - Tel: 03 2612 5669 /5623; Faks: 03 2612 5620 / 5694 dan Emel: complaints@suhakam.org.my/humanrights@suhakam.org.my - Mkini.  
Belambak bukti ada kat dalam internet ni yang menunjukkan kekerasan polis, kalau buat buku aku  rasa boleh masuk Gueness Book Of Record dia punya tebal.

Cuma masalahnya, berapa orang yang akan tampil serahkan bukti tu kepada Suhakam. Aku yakin ramai yang ada bukti tapi tak berapa berani nak tampil terutama sekali dari kalangan kakitangan kerajaan dan pelajar IPT yang sertai himpunan tu.

Jadinya aku nak mencadangkan kepada jawatankuasa BERSIH 2.0 kalau boleh tubuhkan satu jawatankuasa kecil untuk ususkan hal ni, tolong Suhakam kumpul bukti-bukti tindak-tanduk dan perlakuan polis masa himpunan BERSIH 2.0 9 Julai lepas tu.

Aku yakin, orang ramai lebih selesa kalau berurusan dengan jawatankuasa BERSIH daripada berurusan terus dengan Suhakam. Jawatankuasa tu jugak boleh bagi khidmat nasihat dan apa nak buat kalau perlu depa-depa tu berurusan terus dengan Suhakam.

Mungkin lebih memudahkan kalau jawatankuasa kecik tu digerakkan jugak di peringkat negeri-negeri, lebih memudahkan untuk orang ramai nak serahkan bukti-bukti yang depa ada.

Aku yakin, ramai yang bersedia nak buat kerja-kerja sukarela macam tu, tambah-tambah pulak kerja-kerja nak lawan polis yang jahat yang beraksi macam 'si anjing Umno' tu.

Apa pun, aku harap sangat semua orang yang ada bukti macam yang Suhakam mintak tu tampil ke depan. Anggap la kerja tu sebagai sebahagian dari tanggungjawab kepada negara dan seluruh rakyat Malaysia.
Menurut kenyataan itu lagi, terma rujukan siasatan awam itu adalah:

1. Untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011;

2. Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, untuk menentukan:

i. Bagaimana pelanggaran itu terjadi;
ii. Apakah arahan pentadbiran dan prosedur, atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut;
iii. Individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran tersebut.

3. Untuk mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran tersebut tidak akan berulang.

Menurutnya, suruhanjaya itu mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sapina pada masa yang sesuai kepada saksi-saksi yang berkaitan termasuk orang awam, media dan pihak polis.

"Kuasa ini adalah menurut seksyen 14 (1) (a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk mendapat dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana yang Suruhanjaya merasa perlu atau patut diperoleh atau diperiksa," katanya. - Ibid.

Kalau tak tengok lagi video kat atas ni aku cadangkan sangat hangpa tengok, aksi sial seorang anggota polis.

Hangpa rasa polis dalam video tu sama dak dengan gambar yang kat atas tu? Yang sialnya depa ni tak pakai nombor depa hari tu. Tak salah dengan peraturan ka?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...