Bloggers bersatu mampu menggoncang Malaysia? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 22, 2011

Bloggers bersatu mampu menggoncang Malaysia?

Matsamankati tulis dalam blog dia MalaysiaTimes:
Berikan aku sepuluh pemuda…akan ku goncangkan dunia.” Presiden Sukarno.
Itu kata-kata hikmat yang diucapkan oleh Sukarno kira-kira 65 tahun dulu. Tapi sekarang sudah berbeza.
 
Berikan aku sepuluh blogger…akan ku goncangkan Malaysia” . Mungkin ini kata-kata hikmat yang mungkin sesuai sekarang ini. Macam mana kalau ada 20…30 atau 50 blogger yang disatukan? Mungkin kita mampu menumbangkan Barisan Nasional.
 
Semua orang adalah pemimpin. Semua orang perlu memimpin. Dan blogger adalah kalangan pemimpin yang mampu menggerakkan rakyat. Tapi ia hanya akan berlaku sekiranya blogger bersatu… dan menggerakkan perubahan.

Aku mungkin mampu memulakan sesuatu…tetapi kita perlukan lebih dari itu. Aku pernah menulis tentang Blogger’s Power. Dan aku tau…kita boleh buat lebih dari apa yang kita buat sekarang. Tak perlu menyorok…tak perlu melakukan secara sembunyi. Kita buat secara terang-terangan.

Awal bulan Jun, aku cuba untuk menganjurkan satu perjumpaan Bloggers. Tetapi oleh kerana kesibukan BERSIH, maka ianya ditunda. Sebagai permulaan, aku cuba membawa Mat Sabu dari Pas dan Haris Ibrahim dari MCLM untuk duduk bersama kita.

Dewan sudah ditempah…tiba-tiba Mat Sabu cedera dilanggar polis. Aku cuba dapatkan Nizar Jamaludin…tetapi Nizar pula dah ada program lain.

Aku terpaksa meneruskan program ini walaupun tanpa pemimpin Pakatan Rakyat. Masa yang terbuang adalah satu pembaziran. Perjumpaan ini adalah satu permulaan. Selepas ini, kita akan adakan beberapa siri perjumpaan, mungkin disetiap negeri.

Dan apa yang diharapkan ialah…kita akan dapat mencipta satu jaringan Bloggers Rakyat tanpa mengira parti atau mazhab politik untuk mengembalikan kuasa rakyat.
Ready?
Kita jumpa hujung minggu ini. - MalaysiaTimes.
Untuk baca Matsamankati punya goreng pasai apa pentingnya perjumpaan tu, hangpa baca kat blog dia, panjang lebar dia tulis, aku cuma salin tampal bahagian akhir entry dia saja.

Cumanya hangpa jangan salah faham. Bila dia tulis "Berikan aku sepuluh blogger…akan ku goncangkan Malaysia" tu bukan maksudnya jaringan blogger tu duduk bawah Matsamankati.

Jaringan blogger ni sebenarnya takdak ketua, tak perlu wala' kepada sapa-sapa, atau pun mungkin lebih tepat bagi sesetengah blogger, ikut suka hangpa la nak wala' kat sapa pun, yang pentingnya rakyat dapat faedah dan Umno TUMBANG.

Yang ada pun mungkin penyelaras saja, untuk menyelaraskan apa-apa yang dirasakan perlu diselaraskan. Apa-apa pun, kita bincang sama-sama hujung minggu nanti.

Ok, dari segi penyertaan, perjumpaan Sabtu nanti secara umumnya terbuka kepada semua blogger kecuali yang sokong Umno BN.

Terbuka dengan maksud tak semestinya ahli PAS atau ahli PKR atau ahli DAP, yang tak jadi ahli mana-mana parti pun boleh joint janji blog hangpa menumpukan kepada nak tumbangkan Umno BN. Blogger rakyat yang benci kepada Umno yang selama ni menindas rakyat, memperbodohkan rakyat.

Walaupun terbuka tapi sebenarnya tak berapa terbuka juga pasai nak kena dapatkan pengesahan dari blogger yang MSK senaraikan tu dan tempat terhad walaupun buat dekat hall sebab bukan buat dalam hall.

Aku pun tak berapa nak faham pasai pengesahan ni sebenarnya, so... over tu you MSK.

BTW, jangan lupa:
Kita jumpa hujung minggu ini.
Tempat: Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall.
Masa: 8.00 malam.
Tarikh: 23 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat terhad.

Sila hubungi nama-nama dibawah ini untuk pengesahan.
Matsamankati: matsamankati@gmail.com
Albanjari: albanjari_online@yahoo.com
Ikutsukaakuisa: zergdukes@gmail.com
Cenangau: cenangau@gmail.com
Anak Sungai Derhaka: anaksungaiderhaka@gmail.com
Aduka Taruna: adukataruna2008@gmail.com
Kerajaan Rakyat: kerajaan.rakyat@gmail.com
Nota kaki makan cekam:  Hari Ahad ada meeting pulak, dah la lama tak meeting... Aku tak pi program tu takpa kut???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...