Iklan Top

Top message

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Tuesday, July 26, 2011

Kelemahan sistem Biometrik yang SPR cadang nak guna


Sinarharian melaporkan:  
“Penggunaan sistem itu didapati berkesan untuk pengenalan data pengundi yang mana setiap pemegang MyKad yang ingin mengundi akan diperiksa dari segi data peribadi dan data biometrik lain iaitu cap jari melalui dua jabatan itu.
   
“JPN mempunyai semua data warganegara yang layak mengundi, manakala imigresen mempunyai data biometrik yang keluar masuk negara ini bagi membanteras jenayah antarabangsa dan kemasukan pendatang tanpa izin,” katanya.
 
Pada tahun 2007, terdapat cadangan penggunaan sistem biometrik yang tidak dapat dilaksanakan pada pilihan raya umum lepas kerana penggunaannya melibat kos yang tinggi iaitu kira-kira RM40 juta.

Katanya, SPR akan menggunakan pengesahan biometrik sebelum memberi kertas undi kepada pemilih berdaftar.

Kaedah mengesan pengenalan pengundi secara biometrik membabitkan penggunaan MyKad dan pengimbas cap jari yang mana pengundi perlu meletakkan MyKad dalam sistem pengimbas biometrik sebelum masuk ke dewan pengundian.

“Identiti pengundi akan disahkan berdasarkan MyKad dan maklumat yang tertera pada skrin perlu sama dengan maklumat pada MyKad.

“Seterusnya, semakan akan dilakukan sama ada nama pengundi itu tersenarai dalam daftar pengundi kawasan berkenaan dan sekiranya semua maklumat ini disahkan, barulah kita benarkan seseorang mengundi,” katanya. - SinarHarian.
Berdasarkan laporan Sinarharian tu Pengerusi SPR 'si anjing Umno' bagitau secara ringkas kaedah dalam sistem boimetrik tu. Aku cuba ulang balik 'prosedur' sistem biometrik yang aku faham dari laporan tu.

Mula-mula seorang pengundi akan letakkan jari pada alat pengimbas cap jari dan memasukkan MyKad ke dalam cardreader.

Dua alat pengimbas ni akan paparkan maklumat, pengimbas cap jari akan paparkan maklumat yang ada dalam database JPN dan/atau Imigresen manakala pengimbas MyKad akan paparkan maklumat yang ada dalam MyKad. Kalau kedua-dua maklumat tu sama baru pengundi tu akan disemak nama dia dalam database SPR samada nama dia ada dalam senarai pengundi di pusat mengundi berkenaan, kalau ada baru dia dibagi kertas undi.

Sekali baca saja aku dah nampak kelemahan sistem ni. Yang pertama macamana kalau ibujari pengundi tu tercedera dan berbalut, dah tentu la tak boleh diimbas. Takkan nak bukak pembalut kut lepas tu kena cuci pulak untuk diimbas. Macamana pulak kalau ibujari tu ada parut kesan luka, mungkin alat pemgimbas tu tak boleh baca dengan tepat. Takkan sebab cedera dia hilang kelayakan untuk mengundi.

Macama pulak kalau cardreader tak boleh baca chip MyKad. Aku sebagai bekas Penolong Pendaftar Sementara (PPS) generasi pertama, di bagi sejenis alat cardreader. Sepanjang aku guna alat tu, lebih 20% MyKad yang dicucuk dalam alat tu tak boleh baca, chip rosak aku rasa. Masalahnya sapa yang tau chip dia rosak padahal MyKad dia nampak masih elok. Takkan sebab chip MyKad dia rosak dia hilang kelayakan untuk mengundi.

Takkan pasai cedera atau chip MyKad rosak seorang rakyat Malaysia yang nama dia ada dalam senarai Daftar Pemilih tu tak dibenarkan mengundi padahal maklumat yang tertulis atas MyKad dia sama dengan maklumat yang ada dalam Daftar Pemilih SPR pusat mengundi tu.

Aku yakin SPR akan ada kaedah lain untuk benarkan jugak pengundi tu mengundi. Mungkin kena tandatangan borang dan bersumpah kut. Kalau ada kaedah 'istimewa. tu pengundi hantu boleh gunakan 'loophole' untuk mengundi.

Laporan SinarHarian tu juga menyebut:
Abdul Aziz berkata, selepas mengundi, individu tersebut tidak boleh pergi ke tempat lain dengan membawa kad pengenalan sama untuk mengundi bagi kali kedua.
“Sistem biometrik adalah penyelesaian terbaik berbanding penggunaan dakwat kekal seperti di India dan Indonesia,” katanya.

Beliau mengulas cadangan SPR sebelum ini yang mahu menggunakan sistem biometrik bagi pengundian pada PRU akan datang yang diyakini dapat menyelesaikan dakwaan pengundian dua kali dan pengundi hantu.

“Nama setiap pengundi yang diberi kertas undi akan ditandakan dalam pangkalan data sekali gus menghalang kemungkinan pengundian dua kali,” katanya. - Ibid.
Laporan tu tak sebut pengkalan data mana yang ditanda. Aku rasa tentu ditanda dalam pengkalan data SPR.  Takkan kut ditanda dalam pengkalan data JPN, takkan SPR boleh ubah data dalam  pengkalan data JPN.

Masalahnya, kalau setakat ditanda dalam pengkalan data SPR aku tak nampak macamana sistem ni boleh halang orang mengundi 2 kali menggunakan MyKad yang sama. SPR kena terangkan lebih terpeinci macamana penandaan dalam database tu boleh halang mengundi 2 kali.

Yang aku mushkilnya, awat SPR tak gunakan database JPN dan Imegresen untuk bersihkan database SPR. Kalau tengok kepada kaedah macam yang SPR kata tu, aku rasa programmer yang tahap biasa-biasa pun boleh buat satu program untuk bandingkan database SPR dengan database JPN dan Imegresen dan buat pembersihan database SPR.

Kalau guna kaedah celup jari dengan dakwat kekal macam yang BERSIH 2.0 cadangkan tu, dah tentu-tentu tak boleh mengundi 2 kali.

Aku harap ada orang yang lebih berautoriti baca blog aku ni dan tolong tanya persoalan yang aku timbulkan ni kepada SPR.

Apa pun, macam yang aku dah tulis banyak kali, tak kira la apa sistem pun yang SPR pakai aku yakin sistem tu boleh dimanipulasi untuk menguntungkan Umno BN. Aku tetap akan prejudis selagi anggota SPR tak MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM macam yang dikehendaki oleh Perlembagaan.

   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

Artikel terkini

7 Orang BELASAH:

  1. PAS tak nak pakai sistem Biometrik ni pasai depa susah nak tipu....TGHA pun rasanya tak nak pakai jugak pasai ianya besi...macam video Anuar tu...!

    ReplyDelete
  2. satu pekataan untuk penjilat ameno : pundeeekkk
    nak menipu je keja

    ReplyDelete
  3. jari kanan rosak, jari kiri bole guna. kmugkinn kedua2 jari rosak, meskipun tak mustahil tapi teramat-amat tipis kebaragkaliannya.
    kalau cip tak boleh baca, boleh masukkn scara manual no ic.tgok ada rekod atau tidak. kalau ada baru thumbprint utk sahkn identiti.

    biometrik lebih terperinci dan halus penapisannya berbanding dakwat.
    sdgkn dakwat, hnya semta2 nak pastikn org tak undi 2x. itupun byk kelemahan2.
    dakwat tiada penapisan dari segi memastikn identiti pengundi sbgaimana biometrik yg berfungsi serampang dua mata iaitu mengesahkn identiti secara saintifik dan mencegah pengundia berulang oleh pengundi hantu peliharaan pakatan haram.

    ReplyDelete
  4. Biometrik memang berpotensi diselewangkan. Jika data bangla(trmsk cap jari) dimasukkan maka ianya adalah sah wp dia tu x reti bm. Hanya tau 97 ka 95(kerja kat pam minyak).
    Biometrik xleh dipalsukan? tengok dulu video nih
    http://www.youtube.com/watch?v=MAfAVGES-Yc&feature=player_embedded

    ReplyDelete
  5. tungkaran
    - bukan pas susah nak tipu. Mmg x nak tipu cam umno.

    wau
    - isunya ianya akan diselewengkan selagi data pemilih spr x bersih. Satu nama 2 ic berbeza boleh mengundi.
    - kalu badannya(hardware) bersih tapi isinya(database) kotor tak guna

    ReplyDelete
  6. wau jimak dan tunggangan tahi. ni orang SPR ke, mana tau ni macama mana guna biometrik. ok la wau dan tunggang, ce citer sikit kalau orang yang ada 2 no i.c dalam daftar permilih SPR yang disahkan rasa2 boleh mengundi 2 kali tak? kalau guna dakwat calit kat jari rasa2 boleh mengundi 2 kali tak?

    ReplyDelete
  7. tak ade bio matrik selamani 20 tahun keantan di trajui ulamak paling sial dan ulamak penipu satu melaya.....tunggu tak ade biomatrik ke nak cat muka nak dakwat kuning kunyit ka lantok le ....tunggu kelantan tumbang PRU nanti...tahniah anugerah tuhan @setan berjaya menelanjangkan ulamak penipu PAS..bagus le tu bapak penipu kawan dengan ulamak penipu semua doa satu stadium dah makbul alhamdulillah...

    ReplyDelete

Sini bukan tempat mencarut, kalau nak mencarut pi mencarut di blog penchachai ParpuGomo.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan bawah posting