SPR akhirnya mengaku pengundi hantu memang ujud | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 25, 2011

SPR akhirnya mengaku pengundi hantu memang ujud

TheStar melaporkan:
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya menyeru parti politik dan individu untuk membantu membersihkan "klon" dari daftar pemilih.
 
SPR Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suruhanjaya itu menghargai maklum balas daripada semua pihak dalam membersihkan daftar pemilih.
   
"Kami tidak pernah menafikan kewujudan klon," katanya kepada The Star semalam.

"Itu adalah mengapa kami telah berterusan meminta para pengundi untuk tampil ke hadapan dan menyemak pendaftaran mereka.

"Parti-parti politik harus sedar penyelewengan yang mereka lakukan memeriksa di atas tanah di kawasan-kawasan masing-masing.

"SPR, parti-parti politik dan pengundi berdaftar perlu bekerjasama untuk membersihkan daftar pemilih," katanya.

Wan Ahmad mengulas mengenai soalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat sejak percanggahan yang dikatakan yang telah muncul dalam daftar pemilih. - TheStar ( Google Translate).
Akhirnya, hasil pendedahan berbagai pihak terutama sekali blogger siap dengan bukti, pihak SPR terpaksa mengakui ujudnya pengundi hantu walaupun selama ni depa sungguh-sungguh menafikan ada pengundi hantu dalam senarai Daftar Pemilih SPR.

Aku pun dalam entry sebelum ni senaraikan  27 nama pengundi hantu yang aku jumpa dalam daftar pemilih untuk negeri Perak, memang sah-sah terang pengundi 'klon'.

Walaupun tak sebut istilah 'pengundi hantu' dan disebut sebagai 'klon' sebenarnya itulah contoh pengundi hantu yang ujud dalam daftar pemilih. Dan aku yakin pengundi hantu yang ada dalam Daftar Pemilih bukan jenis 'klon' ni saja tapi ada jugak jenis lain yang mungkin belum dapat dibuktikan lagi.

Yang menariknya, Timbalan Pengerusi SPR 'si anjing Umno' ni secara halus nak letakkan tanggungjawab membersihkan daftar pemilih kepada parti pilitik dan pengundi sendiri.

Apa pulak senang-senang nak letakkan tanggungjawab tu kepada pihak lain sedangkan tanggungjawab mengujudkan daftar pemilih yang BERSIH adalah tanggungjawab SPR. Parti politik cuma jadi pemantau yang nak pastikan SPR tak berlaku tak adil.

Apa kerja pulak  parti politik nak tolong SPR senaraikan pengundi hantu tu sedangkan anggota dan kakitangan SPR dibayar gaji untuk buat kerja tu. Lain la kalau SPR sanggup keluarkan peruntukan untuk parti-parti buat kerja pembersihan tu. Tapi kalau keluarkan peruntukan dah tentu-tentu la banyak yang hilang ditengah jalan dari yang sampai ke tempat yang sepatutnya.

Yang lagi mengarutnya, masa proses semakan dan bantahan, kalau ada pengundi yang nak buat bantahan akan dikenakan yuran bantahan RM10.00 untuk setiap nama yang nak dibantah sedangkan bantahan tu tujuannya untuk pastikan senarai Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihanraya adalah BERSIH dari pengundi yang meragukan. Orang nak tolong SPR lagi SPR suruh bayar.

Sepatutnya SPR ambil tindakan bijak dalam isu ni. Cara yang paling mudah untuk membersihkan Daftar Pemilih adalah menggunakan kaedah pendaftaran automatik. SPR boleh gunakan terus guna data yang ada pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Jadinya SPR boleh cuci tangan dalam bab pengundi hantu ni. Lepas ni kalau ada apa-apa keraguan dengan Daftar Pemilih, kita boleh sama-sama termasuk SPR sendiri, belasah JPN pulak.

Tu pun kalau SPR benar-benar nak MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM macam yang dikehendaki oleh Perlembagaan.

Apa pun, aku tak yakin SPR bersedia nak gunakan kaedah pendaftaran automatik tu, pasainya kalau guna kaedah tu, 5% kelebihan yang Umno BN ada akan hilang dan peluang untuk Umno BN tumbang masa PRU13 akan datang memang sangat-sangat cerah.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...