Cadangan Majlis Peguam supaya wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilantik menganggotai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menambah baik sistem pilihan raya adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan.Bangang punya menteri, orang tanya pasai anggota SPR dia pi jawab meloncong pasai BERSIH pulak. Dah la tu, pi merawit pasai janji BERSIH takmau buat demonstrasi jalanan. Sedangkan realitinya BERSIH dah setuju nak berhimpun dalam stadium macam tawaran PM dan dah pilih Stadium Merdeka sebagai vanue yang paling sesuai tapi PM pulak mungkir janji tiba-tiba suruh tanya polis. Padahal dia sebagai PM boleh arahkan polis supaya bagi permit untuk himpunan tu dibuat dalam Stadium Merdeka.
“Kita terbuka dengan mana-mana cadangan tetapi terpulang kepada SPR kerana SPR adalah badan yang bebas,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada sidang akhbarnya hari ini.
“Jika ia adalah okay dengan mereka, maka mereka (SPR) boleh berunding dengan kerajaan. Seperti mereka (NGO berkenaan) berjanji, tidak akan ada lagi demonstrasi jalanan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Majistret dan Hakim Komanwel 2011. - Mkini.
Berbalik kepada jawapan BANGANG menteri tu, patutnya dia jawab cadangan Majlis Peguam supaya dilantik wakil NGO duduk sebagai anggota SPR. Langkah tu memang sesuai untuk menjadikan SPR MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM macam kehendak Perlembagaan.
Bukan takdak orang lain yang berwibawa contohnya macam beberapa orang individu yang pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya SUHAKAM sebelum ni. Ramai yang mendapat kepercayaan orang awam yang jadi anggota SUHAKAM tu.
Memang la ikut perlembagaan anggota SPR tu dilantik oleh Agong tapi yang sebenarnya aku sangat-sangat yakin nama-nama tu dicadangkan oleh Umno. Lebih sesuai kalau Parlimen memperincikan klausa MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM tu dengan ciri-ciri yang jelas. Tak la jadi macam sekarang ni, Agong seolah-olah ingin dikambinghitamkan, padahal nama-mana tu dicadangkan oleh Umno BN.
Kalau tengok anggota SPR yang ada hari ni, memang tak heran kalau Pakatan Rakyat tak percaya dan meragui SPR. Pasainya semua yang jadi anggota SPR tu adalah bekas kakitangan kerajaan, bukan setakat kakitangan kerajaan biasa tapi pegang jawatan yang memang cukup rapat dan sinonim dengan Umno.
Kat bawah ni aku senaraikan nama anggota SPR dengan pengalaman depa yang cukup dekat dengan Umno kalau tak pun "si anjing Umno". Aku dapat maklumat ni dari blog Mutaligat.
Anggota Suruhanjaya Pilihanraya
1. PENGERUSI SPR : Abdul Aziz bin Mohd Yusof
- Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
2. TIMBALAN PENGERUSI SPR : Hj. Wan Ahmad bin Wan Omar
- Bekas Setiausaha Bahagian (Keselamatan/Hal Ehwal Politik), Jabatan Perdana Menteri
3. SETIAUSAHA : Kamaruddin bin Mohamad Baria
- Bekas Ketua Pengarah, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan
4. AHLI SPR : Hj. Jamdin bin Buyong
- Bekas Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Sabah
5. AHLI SPR : Hj. Zainal Abidin bin Hj. Mat Said
- Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
6. AHLI SPR : Hj. Mohamad Ramji bin Alli
- Bekas Pengarah KEMAS Negeri Sarawak
7. AHLI SPR : Dr.P.Manogran
- Bekas KSU, Kementerian Sumber Manusia
8. AHLI SPR : Christopher Wan Soo Kee
- Bekas Ketua Cawangan Khas,Kuala Lumpur
Pasai tu kot, laman web rasmi SPR takdak langsung ditulis biodata anggota SPR ni. Sepatutnya maklumat macam tu kena masukkan supaya orang awam boleh nilai.
Kalau nak tengok pengalaman setiap sorang anggota SPR tu lebih detail boleh tengok di blog Mutaligat.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis