SPR ni sekejap mengaku bebas sekejab mengaku tak bebas pulak, penin!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 26, 2011

SPR ni sekejap mengaku bebas sekejab mengaku tak bebas pulak, penin!!!

MalaysiaanInsider melaporkan:  
SHAH ALAM, 26 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengemukakan lapan tuntutan berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.
Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, lapan tuntutan itu boleh dilaksanakan di bawah kuasa kerajaan pemerintah.

Jelas beliau, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“SPR ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan sebagai badan mengurus pilihan raya, kita bukan badan penguatkuasaan ... kita tiada kuasa. - TMI.
Inilah kesan penangan BERSIH 2.0 Umno BN dan semua 'si anjing Umno' jadi pening macamana nak jawab. Tak jawab tak boleh pasai majoriti rakyat nak tau jawapan dia, bila jawab memang nampak sangat depa pun pening nak jawab.

Kalau sebelum himpunan BERSIH 2.0 semua persoalan tu tak ramai yang ambil kisah, SPR pun buat pekak badak ja. Tapi dengan penangan himpunan BERSIH 2.0 tu kot mana pun SPR kena jawab persoalan yang ditimbulkan tu pasainya majoriti rakyat memang mengikuti perkembangan tuntutan BERSIH 2.0 ni.

Sebelum ni depa sungguh-sungguh kata SPR tu bebas, tapi jawapan SPR kali ni macam depa mengaku yang SPR tu dibawah Putrajaya.

Masalahnya, selama ni cukup banyak SPR buat perubahan takdak pulak kita dengar SPR berbunyi pasai takdak kuasa. Contohnya macam kes "pembetulan sempadan" sampai pengundi berpindah Dun dan Parlimen pun, takdak pulak kita dengar Perlembagaan diubah. Macam tu jugak bila SPR buat peraturan pasai tampoh bertenang takdak pun kita dengar depa secut pasai pindaan perlembagaan.

Tapi bila sampai kepada isu 8 tuntutan sungguh-sungguh depa bagitau SPR takdak kuasa nak laksanakan pasai terikat dengan perlembagaan.

Masa SPR setuju nak gunakan dakwat kekal untuk PRU2004 dulu sebelum kemudiannya dibatalkan saat-saat akhir pun tak timbul pasai pindaan perlembagaan, yang ada cuma alasan bangang, depa kata dakwat tu tak boleh digunakan pasai ada ada pihak lain yang jugak beli dakwat tu.

BTW, tak kira la walau apa pun yang Pengerusi SPR 'si anjing Umno' ni kata, aku sangat-sangat percaya apa yang keluar mulut pengerusi SPR tu semuanya yang dah ditapis Umno BN. Selagi SPR tak MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM macam yang digariskan oleh Perlembagaan selagi tu la aku tak yakin SPR bebas dan tak jadi 'si anjung Umno'.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...