Tutup pusat hiburan bulan Ramadhan di Kedah - Wajarkah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 15, 2011

Tutup pusat hiburan bulan Ramadhan di Kedah - Wajarkah?

MalaysianMalaysianInsider melaporkan:  
KUALA LUMPUR, 14 Julai — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pakatan Rakyat wajar membatalkan pelaksanaan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 — peraturan dan undang-undang digubal masa era Barisan Nasional (BN) - yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan.
 
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata oleh kerana BN sendiri yang menggubal undang-undang itu tidak menguatkuasakan sehingga ia ditumbangkan pada 2008, maka kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar mengkaji balik untuk memansuhkannya. - TMI.    
Harakahdaily pulak melaporkan:
ALOR SETAR, 14 Julai: Kesemua Adun Kedah, termasuk dari BN, telah memberikan sokongan sebulat suara terhadap cadangan kerajaan negeri untuk menutup semua pusat hiburan di negeri itu sepanjang bulan Ramadhan akan datang ini.

Turut memberikan sokongan dalam sidang itu adalah Adun Kota Darul Aman, Lee Guan Aik dari DAP, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Helmi Khalid.

"Bahkan ketika itu, MB telah mengulangi pertanyaanya kepada semua ahli dewan kalau-kalau ada bantahan terhadap cadangan itu dan semua ahli bangun menyokongnya," kata Helmi kepada Harakahdaily.

Helmi mengulas bantahan segelintir peniaga Cina terutama yang terlibat dengan perniagaan pusat-pusat hiburan di Kedah yang membantah keputusan untuk menutup pusat hiburan di negeri itu sepanjang bulan Ramadhan ini.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak berkata, peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997, dan bukannya dasar baru.

Azizan berkata enakmen itu terpakai sejak Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini. - Hrkh.
Yang aku mushkilnya, pasai apa baru sekarang kerajaan Kedah nak kuatkuasakan peraturan ni. Yang lebih aku mushkil lagi pasai apa kurang 3 minggu lagi nak masuk bulan Ramadhan baru isu ni timbul.

Bukannya aku nak sokong pengusaha-pengusaha pusat hiburan yang terlibat tu, lagi pun aku langsung takdak kaitan dengan pusat hiburan macam tu, tapi pada aku kerajaan Kedah nampak macam tak berapa nak berlaku adil dengan depa.

Aku sebenarnya setuju sangat kalau Kerajaan Kedah pimpinan Ust Azizan betul-betul nak kuat kuasakan peraturan tu, malah lebih dari tu, kalau nak tutup terus semua pusat hiburan tu pun pada aku takdak masalah kalau kena dengan caranya.

Cumanya aku rasa tak patut sangat kalau bagi notis tak sampai 3 minggu. Kalau notis 3 bulan pun aku rasa tak berapa nak cukup.

Paling kurang pun bagi la notis 6 bulan. Sempat la kut depa buat persediaan kalau nak pindah pusat operasi ke negeri lain ka, atau pun mungkin buat bisness lain dalam masa sebulan tu ka, atau apa-apa saja plan nak hadapi 'cabaran' tu.

Yang paling cantiknya, Kerajaan Kedah buat dulu pertemuan dengan semua pengusaha pusat hiburan tu, buat dialog dengan depa, cerita betul-betul apa cerita sebenarnya. Dengar pulak komen balas dari depa. lepas tu kalau nak bekeras jugak, berkeras betul-betul, jangan hangat-hangat taik ayam pulak.

Setakat ni tak dengar lagi komen dari Umno yang mengaku lebih Islam dari PAS. Tak dengar lagi komen dari PERKASA yang mengaku nak menjaga kesucian Islam. Belum dengar lagi komen dari Zulkifli Nordin yang nampak macam bersungguh-sungguh nak bela Islam sejak disingkir dari PKR.

Apa pun, mungkin ada hikmah disebalik isu ni, kita sama-sama tunggu perkembangan selanjutnya. Munginkah akan jadi macam isu arak di Selangor atau isu tiket loteri di Kelantan?

Berkaitan



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...