PETALING JAYA: Anggaran bilangan peserta perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu masih lagi menimbulkan pelbagai pertikaian sebagaimana perhimpunan itu sendiri. Pelbagai angka telah dikeluarkan. Semua orang mempunyai anggaran mereka sendiri - pihak penganjur, polis dan media.Ada member yang sama-sama dengan aku pi himpunan BERSIH Sabtu lepas kata dengan yakin kehadiran lebih 100,000 orang. Ada pulak member lain yang kata tak mustahil lebih 200,000 orang. Dengar depa kata macam tu, aku langsung tak komen apa-apa, malas nak komen atau sanggah, lagi pun depa tengah semangat, tak sabar nak turun kalau ada demo lagi.
Kini, seorang lelaki telah mengeluarkan jumlah peserta itu dengan pengiraan matematik, angka itu adalah sekitar 45,000 dan 50,000. Beliau adalah pengasas Politweet, Ahmed Kamal Zain.
Politweet.org adalah sebuah organisasi penyelidikan yang mengkaji interaksi Twitter di antara rakyat Malaysia dan ahli-ahli politik, telah memetakan bilangan orang yang menghadiri perhimpunan dengan menggunakan poligon.
Tetapi sebelum diteruskan dengan garisan poligon, garis masa peristiwa diperlukan untuk terlebih dahulu.
Ahmed Kamal memberitahu FMT bahawa sumber utama untuk menentukan garis masa peristiwa itu adalah berpandukan tweet dan juga gambar-gambar di dalam Twitter, ia tidak sama seperti gambar-gambar yang dimasukkan di dalam Facebook atau laman web yang lain, ia mempunyai tanda masa penting di atasnya. - Pulakdah.
Aku memang tak reti langsung bab nak agak kehadiran ni, tapi aku rasa angka 100,000 tu macam banyak sangat. Cumanya bila berita TV kata cuma sekitar 6,000 orang ja yang hadir, tu tah tahap nak buat lawak. Tapi bila fikir balik, logik jugak kalau tambah lagi satu angka kosong kat belakang dan jadi 60,000. Tak jauh beza dengan pengiraan tu.
Kalau ikut pengiraan tu, secara rumusannya macam kat bawah:
PUDU - 31,884 orangAku rasa kedua-dua pihak boleh terima angka anggaran tu, puak-puak yang sokong BERSIH boleh terima, puak-puak yang menentang pun boleh terima. Bab yang keluar kat mulut depa tak berapa boleh nak kira, tambah-tambah mulut Umno pandi kutty (termasuk jugak mulut 'si anjing Umno') hero mana nak mengaku kalah...
KLCC -5,105 orang
SG WANG -3,500 orang
KL SENTRAL - 5,000 orang
LAIN-LAIN - 2,000 orang
JUMLAH - 47,489 orang - Ibid
Kalau betul angka tu, pada aku, kedua-dua pihak boleh mengaku sebagai pemenang. Pihak yang menentang memang berhak mengaku menang pasai angka tu jauh dari sasaran penganjur yang nak himpun lebih 300,000.
Di pihak penganjur pun tak malu untuk mengaku menang, walaupun tak jauh dari sasaran tapi dengan segala macam tekanan, sekatan dan ancamam dari Umno dan 'para anjingnya' angka 50,000 tu sudah cukup menggembirakan. Tambahan pulak kalau di tengok reaksi dari pemimpin Umno yang jelas sangat nampak kesannya.
Apa pun, himpunan tu dah pun tamat dan pada aku BERSIH memang berjaya dan aku cukup puas hati.
Yang penting sekarang ni macamana nak pastikan kita dapat political mileage yang maksima dari himpunan tu. Bukan setakat political mileage tapi yang lebih penting lagi macamana nak terjemahkan politicl mileage tu kepada bentuk undi masa PRU13 nanti?
Berkaitan
- July 9 rally crowd estimation 1.00 - 2.30pm - politweet.org
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis