Aku sanggah kenyataan Sultanah Johor pasai BERSIH | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Julai 31, 2011

Aku sanggah kenyataan Sultanah Johor pasai BERSIH

Malaysiakini melaporkan:  
Sultanah Johor Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah, bertitah meskipun niat asal perhimpinan BERSIH adalah tulen atau ikhlas, namun ia telah diambil alih oleh pihak lain.

"Mereka telah dirampas oleh kumpulan dan individu lain, idea asal mengenai pilihan raya umum dan ketelusannya telah hilang,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menjawab soalan daripada seorang pelajar selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia kali ke-5 di Hotel Kuala Lumpur Hilton pagi ini. - Mkini.
Kalau baca 2 perenggan awal berita Malaysiakini tu nampak jelas Raja Perempuan kesayangan majoriti rakyat Johor ni memang tak setuju dengan BERSIH 2.0. Nampak macam Sultanah Johor ni bercakap senada dengan pemimpin Umno, nak memburukkan himpunan BERSIH 2.0 walaupun dalam masa yang sama nampak macam sokong idea BERSIH yang nak tuntut pilihanraya yang telus dan adil.

Aku tak setuju dengan dakwaan BERSIH "dirampas oleh kumpulan dan individu lain" yang semua orang faham Sultanah Johor maksudkan pemimpin politik Pakatan Rakyat merampas BERSIH dari Ambiga dan jawatankuasa BERSIH 2.0. Sultanah Johor ni dapat maklumat salah aku rasa.

Macam yang aku pernah tulis lama sebelum ni, sebenarnya Ambiga yang merampas BERSIH dan ditukar kepada BERSIH 2.0. Bukan takat rampas tapi cuba Ambiga tukar strategi BERSIH daripada kaedah demonstrasi kepada kaedah "pendidikan awam".
Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai murni apolitis, tidak berniat menganjur demonstrasi besar seperti sebelumnya, sebaliknya mahu memfokus pada pendidikan awam. - Mkini.
Malangnya pendekatan "pendidikan awan" tu memang tak berkesan. SPR langsung tak layan tuntutan BERSIH 2.0. Pasai tulah akhirnya Ambiga terpaksa bersetuju untuk gunakan semula kaedah demonstrasi. Masalahnya  Ambiga tak berkemampuan nak gerakkan demonstrasi secara besar-besaran jadinya "kumpulan dan individu lain" yang dikatakan oleh Sultanah Johor tu, tolong Ambiga menjayakan demonstrasi besar-besaran tu.

Memang sepatutnya pun pemimpin Pakatan Rakyat tolong jayakan himpunan tu pasainya kalau 8 tuntutan BERSIH 2.0 dilaksanakan, parti-parti Pakatan Rakyat yang akan dapat untung besar. Kalau tak dilaksanakan pun, Pkatan Rakyat tetap akan dapat untung juga.

Dan ternyata kaedah demonstrasi memang bagi kesan besar. Kalau sebelum himpunan BERSIH 2.0 SPR dan tuannya yang duduk di Putrajaya langsung tak layan tuntutan BERSIH 2.0 tapi lepas himpunan tu Timbalan Pengerusi SPR sampai sanggup duduk sepentas dengan Ambiga dalam forum khas untuk mempertahankan SPR sampai dia terlatah macam yang dilaporkan dalam Roketkini:
Sebaliknya melatah versi SPR ini adalah dengan bentuk terlepas cakap, tersasul atau ‘kantoi’ dengan menyebut antaranya “Barisan Nasional tak hentam SPR”, ketika membezakan layanan SPR terhadap Bersih 2.0, Pakatan Rakyat dan BN.

Begitu juga ayat susunan Wan Ahmad, “kita (SPR) memang ada hubungan yang baik dengan Bukit Aman”, ketika beliau cuba menggambarkan sistem pengurusan SPR yang dianggap cekap dan lengkap termasuk hubungan ‘istimewa’nya dengan Polis Diraja Malaysia. - Roketkini.
Realitinya sekarang ni, hasil himpunan BERSIH 2.0, SPR berdepan krisis kepercayaan. Majoriti rakyat mula nampak yang SPR memang tak telus dan sentiasa menyebelahi Umno BN walaupun SPR sepatutnya bebas dan berkecuali.

Cadangan SPR nak laksanakan kaedah boimetrik sebenarnya memang bagus pasai boleh mengesahkan identiti pengundi. Tapi cadangan tu Pakatan Rakyat tolak pasai Pakatan Rakyat tak percaya dengan ketelusan SPR sendiri yang selalu sangat beraksi sebagai 'si anjing Umno'.

Pakatan Rakyat nampak cadangan sistem biometrik tu lebih pasai takmau guna dakwat kekal. Lagipun sistem biometrik mudah untuk dimanipulasi dan Pakatan Rakyat yakin sistem tu akan dimanipulasi untuk keuntungan Umno BN dengan kerjasama SPR.

Pakatan Rakyat lebih percaya kaedah celup jari dengan dakwat kekal yang 'kuno dan lapok' sebab sistem tu lebih telus dan lebih susah untuk dimanipulasikan terutama sekali yang melibatkan isu pengundi hantu.

Aku yakin, kalau SPR dah 'disamak' dan betul-betul MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM macam yang digariskan oleh Perlembagaan, cadangan penggunaan sistem biometrik tu Pakatan Rakyat takkan tolak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...