PETALING JAYA 29 JULAI: Masalah pengundi hantu tidak mungkin diselesaikan selagi polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menyelaraskan data antara mereka berhubung kematian pengundi.Bagus la kita hebohkan isu ada pengundi yang dah lama mati tapi masih ada nama dalam Daftar Pemilih sebagai bukti nak tunjukkan Daftar Pemilih yang SPR sediakan untuk digunakan dalam pilihanraya tak bersih macam yang SPR selalu kata.
Ini kerana maklumat tentang kematian seseorang yang dilaporkan kepada polis tidak dipanjangkan kepada JPN, menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Wan Ahmad menganggap kelemahan tersebut perlu diajukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Pengkalan data polis, SPR dan JPN adalah lain. (Perkara) itu perlu cakap dengan KDN untuk menyelaraskan pengkalan data," kata beliau pada forum Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) di sini petang tadi.
Ramai yang hadir mengutarakan isu pendaftaran daftar pemilih yang dicemari dengan pihak yang menggunakan butiran pengundi yang sudah meninggal dunia untuk mengundi.
Beliau menegaskan SPR tidak dapat mengeluarkan nama-nama individu yang mati daripada senarai daftar pemilih SPR tanpa pengesahan daripada JPN. - TVS
Cumanya yang aku mushkilnya, ada aktivis parti yang tanya aku macamana nak buang nama-nama tu. Bukan sorang dua yang tanya aku soalan macam tu. Biasanya aku tengok dulu sapa yang tanya tu. Kalau muka-muka baru aku akan jawab cara elok, jawapan sebijik macam yang SPR jawab tu. Tapi kalau muka-muka lama yang banyak kali terlibat dengan kerja-kerja pilihanraya, jawapan aku memang agak sarcastik.
Aku tak faham pasai apa depa risau sangat dengan nama orang yang dah mati dalam daftar pemilih tu pasainya aku sangat-sangat yakin 'pengundi hantu' yang Umno BN bela takkan sebangang tu nak mengundi guna nama orang yang dah mati. Memang cari nahas la kalau depa buat macam tu.
Pasainya, dalam setiap kursus untuk Poling Agent dan Counting Agent (PACA) memang selalu diulang pasai bab ni.
Rasanya aku patut cerita secara ringkas apa tugas PACA untuk bagi faham orang yang tak pernah pasai PACA. (Ada jugak yang gunakan singkatan PAKA.)
PACA adalah orang yang mewakili calon yang bertanding yang duduk dalam bilik mengundi sebagai pemerhati bagi pihak calon yang bertanding.
Untuk PACA yang mewakili PAS, biasanya pihak jentera Upu akan bagi satu buku Daftar Pemilih untuk pusat mengundi saluran yang dia jaga tu. Buku Daftar Pemilih tu dah siap dicula, maksudnya setiap pengundi dah siap ditanda status contohnya PAS, BN, Atas Pagar atau Mati.
Kalau orang yang jadi PACA tanya aku apa nak buat kalau ada pengundi yang nak mengundi nama yang dicula sebagai MATI biasanya sepontan aku akan jawab "Hang pi terajang tong undi biar terbalik."
Bukan maksud aku suruh terajang tong undi tu tapi aku nak orang yang jadi PACA tu ingat jawapan aku. Tapi kalau betul ada yang terajang sungguh tong undi pun ok jugak.
Sebagai PACA dia memang berhak minta kebenaran dari Ketua Tempat Mengundi untuk semak kad pengenalan pengundi yang meragukan macam tu. Biasanya, terutama kalau di pusat mengundi kawasan kampung, orang yang jadi PACA memang kenal pengundi terutama sekali kalau ada pengundi yang dah mati. PACA sepatutnya bantah sungguh-sungguh, jangan bagi orang tu mengundi.
Keputusan akhir memang ada pada Ketua Tempat mengundi samada nak benarkan pengundi tu mengundi atau tidak. Kalau ketua tempat mengundi berkeras jugak nak bagi orang tu mengundi, PACA kena kena pastikan pengundi tu isi borang 11 dulu dan minta satu salinan borang 11 tu.
Jangan lupa lupa ambil gambar pengundi tu untuk tindakan selanjutnya. Mana tau kut-kut lepas pilihanraya kita nak buat petisyen.
Apa pun, setakat ni aku belum pernah lagi dengar nama pengundi yang dah mati tapi keluar mengundi, dan macam yang aku tulis kat atas, aku yakin 'pengundi hantu' yang Umno BN bela takkan mengundi guna nama pengundi yang dah mati. Depa akan mengundi guna mana yang memang dah dah masukkan khas untuk pengundi hantu tu mengundi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis