Terhakiskah Kepimpinan Ulama' kalau Mat Sabu jadi Timbalan Presiden? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 03, 2011

Terhakiskah Kepimpinan Ulama' kalau Mat Sabu jadi Timbalan Presiden?

Pagi tadi dah mula berlangsung persidangan penuh Muktamar PAS Pusat kali ke-57. Selamat bermuktamar kepada semua perwakilan. Katanya ada lebih 1000 perwakilan yang akan berkampung di Markaz Taman Melewar. Aku yang tak jadi perwakilan ni lebih selesa ikuti muktamar depan screen komputer.
   
Sempat jugak aku ikuti serba sedikit ucapan perasmian oleh TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS. Serba sedikit pasai memanjang buffering, lama buffering dari yang boleh ditengok, tah bila la line internet kat Malaysia ni nak laju macam negara maju.
   
Macam yang semua tau, muktamar PAS Pusat kali ni akan ada pertandingan jawatan-jawatan utama kecuali jawatan Presiden yang dimenangi TG Hj Hadi Awang tanpa bertanding.
   
Jawatan Timbalan Presiden akan ada pertandingan 3 penjuru antara penyandang Ust Nasha, Naib Presiden Ust Tuan Ibrahim dan calon yang kalah pemilihan lepas Abang Mat Sabu.

Di peringkat Naib pulak ada pertandingan 6 penjuru. Salahuddin Ayub dan Mahfuz sebagai 2 dari 3 penyandang akan mempertahankan jawatan bersama Ust Idris, Dr. Hatta, Hj Nizar dan Ust Nik Amar.

Di peringkat AJK pulak ada 53 calon yang berebut 18 tempat dengan 13 penyandang cuba mempertahankan jawatan.

Aku harap sangat Mat Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS untuk kali ni dengan dengan hujjah yang aku tulis sebelum ni "Bandingan antara Mat Sabu dengan 2 calon Timbalan yang lain."

Isu yang paling ke depan yang ramai andaikan akan mempengaruhi pemilihan kali macam jugak 2 pemilihan sebelum ni adalah Kepimpinan Ulama'.

Dengar ceritanya, puak-puak yang nakkan hanya ulama' saja yang memimpin PAS sangat susah hati bila nampak macam Mat Sabu akan menang bila cuma 2 calon yang menyatakan kesediaan untuk bertanding, Mat Sabu dan Ust Nasha.

Puak-puak ni katanya berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan Ust Tuan Ibrahim yang walaupun kata tak berminat untuk bertanding jawatan timbalan, akan tetap dapat pencalonan yang banyak dari kawasan PAS.

Katanya, depa nampak cuma Ust Tuan Ibrahim saja yang mampu nak sekat peluang Mat Sabu dari menang Timbalan Presiden. Dan memang pun Ust Tuan Ibrahim dapat pencalonan yang agak besar dan akhirnya  puak-puak tu berjaya mendesak Ust Tuan Ibrahim untuk buat pusingan U, bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Yang lebih menarik lagi, katanya puak-puak ni tak berapa nak yakin Ust Tuan Ibrahim akan menang dalam pertandingan 3 penjuru, jadinya tak heran kalau ada khabar angin yang kata ada segolongan pulak yang pi jumpa Ust Nasha minta dia 'fikir semula' keputusan dia mempertahankan jawatan.

Yang depa takut sangat Mat Sabu menang ni pasai apa? Pasai Mat Sabu bukan ulama'? Takut penguasaan ulama' dalam PAS tergugat? "Khurafat" semua tu.

Mana mungkin kalau Mat Sabu menang Timbalan Presiden, kepimpinan ulama' dalam PAS akan terhakis. Langsung tak logik.

Takkan kut depa pandang rendah sangat dengan kuasa yang ada pada Majlis Syura' Ulama'. Kuasa tertinggi dalam PAS ada pada Majlis Syura' Ulama, bukan pada Presiden dan tentu la lagi bukan pada Timbalan Presiden. Lagi pun Presiden PAS masih lagi TG Hj Hadi, seorang ulama' yang diiktiraf diperingkat dunia.

Nak terhakis kut mananya?

Lagi pun kalau Mat Sabu jadi Timbalan, kalau pun mungkin dia jadi teruk sangat macam yang sebahagian penyokong ulama' risau, apa sangat yang dia boleh buat untuk gugat kepimpinan ulama' atau merosakkan PAS. Di sudut lagi satu pulak, apa yang ulama' tak boleh buat kepada Mat Sabu kalau dia buat tak ketahuan.

Realiti sebenarnya, Mat Sabu adalah penyokong kuat kepada konsep kepimpinan Ulama' dalam PAS. Malah dia begitu mengkagumi kejayaan konsep kepimpinan ulama' di Iran yang jadi model pembentukan konsep kepimpinan ulama' dalam PAS.

Lagi satu kerisauan puak-puak ni kalau apa-apa terjadi kepada TG Hj Hadi, jawatan Presiden akan dipangku oleh Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Kalau takut sangat, sama-sama la jaga TG Hj Hadi, jangan sampai apa-apa jadi kat dia. Tapi kalau ditakdirkan jadi jugak, apa yang nak ditakutkan, kan ka ada Majlis Syura Ulama' untuk memandu pemangku Presiden. Kalau susah sangat Majlis Syura' boleh buat ketetapan dilantik atau dipilih Presiden baru. Buat Muktamar Khas.

Lagi satu yang depa riuhkan, Mat Sabu tak berapa nak layak gantikan TG Hj Hadi jadi wakil ke luar negara. Apa masalahnya? Kalau jadi wakil PAS sebagai sebuah Gerakan Islam, patutnya yang lebih layak jadi wakil PAS adalah Mursyidul Am bukan Presiden. Jadinya tak timbul soal Timbalan Presiden yang kena gantikan.

Kalau wakil PAS sebagai sebuah parti politik, apa masalahnya kalau Mat Sabu jadi wakil kalau Presiden berkeuzuran. Selama ni pun, banyak kali dah Dr. Syed Azman sebagai pengerusi lajnah antarabangsa yang mewakili Presiden.

Jadinya, apa salah kalau Mat Sabu di pilih jadi Timbalan Presiden kalau dia mampu menarik lebih banyak sokongan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa untuk sokong PAS dalam PRU13 akan datang.

Kalau Mat Sabu pun tak lepas KPI jugak, 2 tahun lagi kita bagi kat orang lain pulak, macam Husam contohnya.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...