Aku harap PAS tak sampai teringin ikut karenah SPR | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 04, 2011

Aku harap PAS tak sampai teringin ikut karenah SPR

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 4 Jun — Keputusan tidak rasmi menunjukkan Mohamad Sabu menang jawatan timbalan presiden PAS, dan jika disahkan, ia akan mengejutkan banyak pihak dalam parti Islam itu dan pemerhati politik negara.

Keputusan rasmi akan diumumkan sekitar 10 pagi ini.

Proses mengira undi selesai tengah malam tadi.

Di peringkat naib presiden, Datuk Paduka Husam Musa kembali memperoleh kedudukan itu, yang dikosongkan dua tahun lalu ketika memutuskan untuk bertanding timbalan presiden.

Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar kekalkan kerusi nasib presiden.

“Berdasarkan maklumat tak rasmi, Mat Sabu (gambar) dapat sekitar lebih 450 undi kali ini, mengatasi dua calon lain,” kata sumber kepada The Malaysian Insider. - TMI.
Kalau betul Mat Sabu menang, Alhamdulillah. Tapi kalau keputusan rasmi yang akan keluar nanti tak macam keputusan tak rasmi ni pun, aku terima. Pasainya memang macam tu hasrat perwakilan. Dan aku langsung tak percaya kalau ada yang kata Jawatankuasa Pemilihan menipu.

Macam pemilihan 2 tahun lepas, walaupun ramai yang kata macam-macam kat perwakilan muktamar PAS tapi aku secara peribadi terima keputusan tu seadanya. Dan memang macam tu pun konsep PAS.

Yang aku mushkilnya, sapa la yang bocorkan keputusan tu awal-awal. Ni. Aku harap yang bocorkan keputusan tu bukan dari puak-puak peminat Umno BN pandy kutty.

Maksud aku, kalau keputusan yang dikatakan tak rasmi ni tak sama dengan keputusan rasmi, memang masak la jawatankuasa pemilihan kena belasah, kena maki. Tambah-tambah pulak kalau ada yang keluarkan salinan borang 14 sebagai bukti. Memang masak!!!

Apa pun aku harap Jawatankuasa Pemilihan PAS tak lah sampai berhasrat nak gunakan idea yang SPR cadang nak guna masa PRU13 nanti macam yang pernah dilaporkan BHarian:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbangkan tiga opsyen bagi mengelak sebarang keputusan tidak rasmi dihebahkan pada pilihan raya umum akan datang berikutan insiden yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu.
Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tiga opsyen itu adalah sama ada menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke pusat penjumlahan undi, deklarasi bersumpah untuk tidak membuat apa-apa hebahan, atau semua undi dikira lewat walaupun pusat mengundi ditutup lebih awal. - Sumber.
   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...