KUALA LUMPUR, 25 Jun: PAS menyelar sikap pihak tertentu yang didakwa mahu menggunakan Yang di-Pertuan Agong bagi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai ini.Kalau la betul tiba-tiba Agong mengarahkan supaya himpunan BERSIH 2.0 dibatalkan, berani dak penganjur teruskan jugak himpunan tu?
Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tindakan tersebut adalah sangat tidak wajar kerana Agong merupakan tempat mengadu rakyat yang terakhir.
"Tidak sepatutnya pihak tertentu mengguna Agong untuk halang hak rakyat.
"Tindakan ini sangat tidak patut, kerana seluruh rakyat bernaung di bawah Agong dan berhak bertemu dengan baginda untuk mengadu sesuatu masalah", katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas desus yang mendakwa Umno sedang berusaha mendapatkan campurtangan Agong bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 dari diadakan. - Hrkh.
Cuba bayangkan dalam sehari dua ni, tiba-tiba ada perintah dari Agong mintak Mat Sabu masuk mengadap. Berani dak Mat Sabu sembah derhaka kalau Agong bagi arahan supaya himpunan BERSIH 2.0 tu dibatalkan.
Kalau setakat nak berhujjah aku yakin Mat Sabu memang berani, tapi kalau Agong berkeras jugak mengarahkan, berani ka Mat Sabu nak menderhaka.
Macam tu jugak kalau ada arahan supaya TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS hadir di Istana Terengganu untuk mengadap Agung. Harus diingat Sultan Mizan adalah juga sultan Terengganu. Apa TG Hj Hadi nak jawab kalau diarahkan supaya Presiden PAS tu larang semua ahli PAS supaya tak sertai himpunan tu. Agak-agak berani dak nak lawan.
Kalau setakat nak berhujjah aku rasa mungkin takdak masalah, tapi kalau Agong berkeras jugak arahkan, berani ka TG Hj Hadi nak menderhaka. Kalau setakat nak sembah derhaka macam yang Hj Nizar buat di Perak dulu mungkin TG Hj Hadi berani tapi untuk menderhaka...
Macamana pulak kalau tiba-tiba semua Sultan di setiap negeri arahkan Pesuruhjaya PAS negeri-negeri larang ahli PAS di negeri-negeri berkenaan hadir himpunan tu. Berani ka depa nak menderhaka. Jadi macam Terengganu dan Perlis masa lepas PRU12 dulu haru jadinya.
Yang nyatanya, kalau betul ada arahan macam tu dari istana, tak kira la akur atau dak, aku yakin lepas ni akan lagi ramai yang dah tak hormat pada para sultan. Tak mustahil institusi Istana mungkin terancam lepas ni.
Yang aku sangat-sangat yakin, puak-puak Umno dan 'si anjing Umno' pencacai langsung tak peduli dengan kemungkinan tu. Depa peduli apa, yang pentingnya himpunan BERSIH 2.0 mesti digagalkan dan kuasa depa tak terjejas walau dengan apa cara sekali pun.
Macam yang dilaporkan semalam:
Tiga puluh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan semalam di plaza tol Sungai Dua, ditahan reman mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar hari ini.Menghidupkan semula fahaman komunis? Takkan la PSM sebangang tu nak hidupkan fahaman komunis. Kalau tuduhan nak hidupkan semula fahaman sosialis boleh la jugak aku nak percaya. Sosialis dengan komunis mana sama. BANGANG!!!
Aktivis tersebut menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah" yang dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Mereka yang ditahan termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar. Seorang lagi dibebaskan kerana di bawah umur.
Bernama melaporkan Abdul Rahim berkata, siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis PSM yang ditahan di plaza Tol Sungai Dua itu cuba menghidupkan semula fahaman komunis. - Mkini.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis