Pada 17 Mei dilaporkan:
SEREMBAN – Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara diminta mengemukakan usul membantah kenaikan harga petrol RON95 dan tarif elektrik pada persidangan perwakilan bahagian masing-masing.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak bersetuju kenaikan tersebut dilakukan sekarang kerana ia akan membebankan rakyat yang kini dibebani dengan kenaikan harga barang makanan.
Kenaikan RON95, katanya, akan memberi kesan terhadap barangan lain kerana ia melibatkan rantaian nilai.
“Rakyat sudah pun terbeban dengan kenaikan harga makanan dan sebarang kenaikan pada harga petrol akan menyebabkan mereka terus terhimpit.
“Sehubungan itu, saya minta semua Pemuda UMNO bahagian mengemukakan usul membantah kenaikan harga RON95 dan tarif elektrik pada masa ini,” katanya. - mynewshub.
Memang hebat Khairy ni. Walaupun diperli Saifuddin kata dia bersandiwara yang pada aku tindakan yang tak berapa nak cerdik, Khairy tetap pertahankan kenyataan dia tu.
Semalam, kerajaan setuju dengan bantahan Khairy ni. Minyak RON95 malah termasuk minyak diesel dan gas petroleum cecair tak jadi nak dinaikkan. Ataupun mungkin jugak Khairy dah dapat maklumat awal yang menang kerajaan tak berani nak naikkan harga mionyak RON95 dalam masa terdekat ni.
Tak kira la yang mana satu yang betul, yang nyatanya dalam isu minyak ni nama Khairy Jamaluddin harum seketika.
mStar melaporkan:
PUTRAJAYA: Kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Dan yang nyatanya jugak, semua tu bukan sebab atas alasan pilihanraya tak lama lagi, semua tu pasai "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan." Poorah!!!!!!
Katanya, Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet, Rabu.
"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini.
Ismail Sabri berkata, pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.
Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail Sabri berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.
Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.
Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas.
Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.
Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama. - mStar.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis