SIBU, 24 Mei (Bernama) -- Jika ditanya apa harapan Gawai Dayak bersempena sambutan pesta menuai pada 1 Jun depan, presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Sri Dr.James Jemut Masing tentu memohon dana lebih besar untuk membolehkan partinya menghadapi pilihan raya parlimen akan datang.Sedih ja baca berita tu, bersungguh-sungguh PRS berjuang untuk Barisan Nasional dengan semangat kental tapi nak buat macamana, dana tak cukup punya pasai sampai kena berjimat cermat. Berjimat punya pasai kerusi Pelagus pulak kalah, nak lawan pun tak larat pasai katanya pembangkang lagi banyak dana.
"Kami sering terhalang oleh kekurangan dana. Malah kami menghadapi pilihan raya negeri 2006 dan 2011 serta parlimen 2008 dengan bajet jimat cermat," kata beliau.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri jamuan pra-perayaan Gawai Dayak anjuran sayap Wanita parti Bukit Assek di sini Isnin malam.
Masing berkata partinya bertuah kerana mempunyai anggota yang memiliki "semangat juang yang kental demi Barisan Nasional" dalam pilihan raya negeri 16 April lepas.
Dalam pilihan raya itu, PRS menang lapan dari sembilan kerusi ditandingi.
Masing berkata kekalahan parti itu di tangan pembangkang di Pelagus akibat ketidakmampuan parti menandingi kekuatan kewangan pembangkang.
"Semangat juang tulen saja tidak memadai. - Bernama.
Yang lawaknya PRS ni siap buat cerita sedih dalam media pasai apa? Takkan Sarawak sana teruk sangat kut.
Setahu aku, parti-parti komponen BN ni dapat dana RASUAH dari syarikat-syarikat yang dapat kontrak dari kerajaan. Takkan kut PRS tak dapat pasai parti-parti komponen lain tak pernah dengar berbunyi pun pasai dana ni.
Tapi mungkin jugak la kut pasai dengar ceritanya hampir semua projek kat Sarawak sana habih keluarga Taib Mahmud bolot semua. Mungkin kut semua duit rasuah depa salurkan ke Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). PRS ni dapat panggu jugak mungkin tapi tak banyak mana.
Tapi aku rasa James Masing tak sepatutnya risau. Dia tak sepatutnya sampai berbunyi kepada media, buat malu BN ja. Pasainya BN bukan takdak duit cuma belum cukup ja. Bila dah cukup nanti tentu Najib bagi secukupnya untuk semua parti-parti komponen BN.
Dengan kenaikan gula baru ni, tentu banyak Najib boleh sapu. Bukan ka Robert Kuok dah jual kilang gula kat Felda . Dapat kat Felda lebih kurang macam dapat kat Najib la pasai Felda tu pak Najib punya. Tambah-tambah pulak Isa Samat yang jadi pengerusi Felda, tentu takdak masalah punya.
Lagi satu, dengar ceritanya Felda dapat pinjaman RM6 billion dari KWSP. Untuk apa lagi duit tu kalau bukan untuk Najib paraid untuk pilihanraya. Takkan untuk kegunaan Felda kut pasai sebelum ni Ahmad Mazlan ada kata yang kewangan Felda kukuh.
Jadinya, James masing tak perlu risau, bila sampai nak dekat bubar parlimen nanti, sampai la dana tu.
Lagi pun, nak risau apanya, pasai dikeliling Najib ada ramai tokoh korperat yang tentu punya bila-bila masa boleh suntik dana untuk Najib. Kalau Najib dapat takkan dia tak bagi kat kawan-kawan dalam BN kut?
Macam yang didedahkan oleh wikileaks, ada 18 penama yang bukan calang-calang yang cukup rapat dengan Najib.
- Pengerusi Urusan Ethos Capital, Rohana Mahmood;
- Pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,
- Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd
- Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.
- Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;
- Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;
- Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);
- Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;
- Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;
- Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;
- Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;
- Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;
- Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;
- Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;
- Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;
- Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;
- Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan
- Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.
Sumber:Mark D. Clark; Malaysia Today dari Wikileaks.
Sumber inej: haikalabdul
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis