Rakyat marah tara mana sangat bila minyak dan gula naik harga... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 11, 2011

Rakyat marah tara mana sangat bila minyak dan gula naik harga...


MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 10 Mei — Dewan Pemuda PAS menggesa kerajaan BN menjelaskan rasional menaikkan harga minyak dan gula berturut-turut, yang masing-masing berkuat kuasa minggu lalu dan hari ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad mendesak kerajaan BN menjelaskan berkenaan kenaikan harga minyak RON97 pada 5 Mei lepas setelah mengalami kenaikan pada 1 April lalu.

Gula pula dinaikkan harga 20 sen sekilogram hari ini.

“Dewan Pemuda PAS melahirkan rasa kesal kerana kerajaan BN gagal memberi penjelasan terperinci berkenaan kedudukan ekonomi semasa dan kewangan negara yang menyebabkan kerajaan perlu menaikkan harga kedua-dua barang ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut berkata, kerajaan BN kelihatan terdesak sehingga terpaksa menaikkan harga barang pengguna sejurus selepas pilihan raya Sarawak lalu. - TMI.
Buat-buat tanya pulak Pemuda PAS ni.

Lepas tu sendiri jawab:
Sehubungan itu, beliau turut berkata, kerajaan BN kelihatan terdesak sehingga terpaksa menaikkan harga barang pengguna sejurus selepas pilihan raya Sarawak lalu.

“Mereka (kerajaan BN) ingin mengukuhkan dana untuk persiapan pilihan raya umum ke-13 bagi mengekalkan kuasa walaupun kewangan negara terhad,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau turut menggesa, kerajaan BN menjelaskan kepada rakyat jumlah kos tambahan untuk mengendalikan pilihan raya dan jumlah dana yang digunakan atas nama kerajaan ketika Menteri-menteri Kabinet BN turun berkempen selain RM50 juta yang diperuntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengakibatkan kenaikan harga barang secara mendadak. - ibid.
Apa masalahnya sangat kalau naik harga barang secara mendadak pun. Betul memang rakyat merungut, malah ramai yang marah. Tapi aku yakin kemarahan tu takkan sampai ke mana, takkan sampai ke kotak undi. Lama sikit nanti bila rakyat dah boleh buat pelarasan balik dengan gaji dan perbelanjaan depa, sejuk la marah depa tu.

Lagi pun tak lama lagi bajek akan dibentangkan. Tentu punya bajek kali ni lebih manis dari bajek tahun-tahun sebelum ni. Memang sesuai sangat kalau digelar bajek gula-gula.

Baru takat dengar nak dapat itu ini ja hilang terus kalau ada saki-baki kemarahan tu. Dapat ka tak dapat tu belakang kira, yang penting janji tu mau sedap didengar.

Kalau lepas bajek tu Najib bubar parlimen dan dibuat PRU13, tentu senang-senang boleh menang punya, sekurang-kurangnya untuk kerusi-kerusi majori pengundi melayu yang calon Umno bertanding.

Puak-puak melayu ni bukan susah sangat nak tawan. Janji lebih sikit masa bajek kemudian hulur sesikit masa dah dekat nak mengundi sambil urut belakang belakang depa, tentu cair punya.

Sambil-sambil urut belakang depa tu, boleh pulak meratib pasai ketuanan melayu, pasai konspirasi kristian dan sikit-sikit pasai video lucah, tentu dapat punya undi orang melayu.

Memang la tak boleh dapat semua, dan Umno pun tak perlu semua. Tapi kalau takat nak menang kerusi Dun dan parlimen tu tak susah mana pun.

Persoalannya boleh berjaya lagi teori tu?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...